Home > Bahasa Melayu
Pengundian, Pemilihan Calon Ketua Kampung Kiulap
June 27th, 2022 | 13:19 PM |
231 views
GADONG
Penduduk Kampung Kiulap hadir mengundi bagi memilih calon jawatan Ketua Kampung tersebut, pada Majlis Pengundian dan Pemilihan bagi Calon Ketua Kampung Kiulap, Mukim Gadong 'B', di Sekolah Rendah Haji Mohd. Jaafar Maun.
Hadir pada majlis berkenaan, Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.
Awang Haji Hassan bin Haji Mohammad merupakan calon tunggal bagi pemilihan Calon Ketua Kampung itu.
Beliau berumur 54 tahun semasa tarikh tutup pencalonan, pada April 2020 dan bermastautin di Kampung Kiulap sejak dilahirkan.
Beliau berkelulusan G.C.E 'O' Level dengan mendapat 3 'O' dan lulus Darjah 6 Sekolah Ugama.
Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan dan ketika ini memegang jawatan sebagai Pemangku Ketua Kampung Kiulap.
Seramai 131 penduduk kampung mengundi bagi mengisikan kekosongan jawatan Ketua Kampung Kiulap.
Daripada jumlah tersebut, 125 orang bersetuju dan enam orang tidak bersetuju.
Semasa berucap, Awang Misle berkata, seorang Ketua Kampung mestilah mempunyai perwatakan dan kewibawaan yang tinggi.
Selaku pemimpin masyarakat setempat, jelasnya, Ketua Kampung hendaklah mempunyai ciri-ciri khusus, termasuk amanah, adil, berakhlak, bersikap sabar, pemaaf, berilmu, dan bersikap As-Siddiq (benar) bagi memimpin dan mencapai hasrat serta wawasan ke arah membangunkan dan memajukan kampung tersebut.
Keputusan pengundian akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin, Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]