FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Festival Eko Dirasmikan


YANG Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Info-komunikasi dan Y.

 


 June 27th, 2022  |  13:24 PM  |   501 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Festival Eko yang diadakan selama tujuh hari, bermula 26 Jun hingga 3 Julai 2022, di sekitar kawasan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dirasmikan pagi tadi bagi kunjungan orang ramai.

 

Festival adalah acara yang disusun dalam Minggu Tindakan Iklim sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2022 - Brunei MYCE 2022) kelolaan Kementerian Pembangunan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bersama bagi perasmian festival berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha selaku Ahli Majlis Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (NBD); dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Terdahulu sebelum acara perasmian diadakan, ia dimulakan dengan Solat Subuh Berjemaah dan Tazkirah, diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

 

 Kemudian acara disusuli dengan memotong reben bagi menandakan Pelancaran Festival Eko di kawasan Taman Mahkota Jubli Emas oleh tetamu-tetamu kehormat.

 

Juga turut dilancarkan Kempen Donate a Tree, iaitu inisiatif kerjasama oleh pihak BIBD melalui Kempen SME360 Sustainable Nation dengan kerjasama Sekretariat Perubahan Iklim Brunei Darussalam dan Progresif Media. Pelancaran berlangsung di Skrin Eco-Cinema, kawasan BIBD Connects.

 

Sepanjang Minggu Festival Eko, skrin besar ini akan menayangkan dokumentari pilihan dengan tujuan mendidik orang ramai tentang pelbagai isu alam sekitar juga sebagai memupuk penghargaan terhadap alam sekitar.

 

 Kemudian acara diteruskan dengan aktiviti penanaman pokok beramai-ramai di kawasan penanaman yang dikhaskan oleh tetamu-tetamu kehormat. Acara penanaman pokok bagi mendukung Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam, khususnya bagi Strategi 2 : Liputan Hutan.

 

 Beberapa aktiviti akan diadakan di sepanjang Minggu Festival Eko ini, termasuk pameran dan aktiviti menarik, disertai oleh pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), seperti Sustainable Nation Showcase dari Community for Brunei; Thyrff Market dari Thrffy; Crafts Tunnel dari Sparks Co.; Sustainable Art : Live Sculptures, Floating Garden, Upcycled Stadium Chairs dari Local Carpenters & Artists.

 

 Juga dipamerkan Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle - EV), di mana orang ramai berpeluang untuk mengikuti aktiviti pandu uji (test drive) bagi EV berkenaan. Di samping itu juga, festival menawarkan penjualan kompos di kawasan Pengkomposan Composting 101.

 

 

Orang ramai juga berpeluang untuk menikmati pelbagai juadah daripada vendor makanan dan minuman tempatan yang mengambil bahagian di Yayasan Food Street.

 

Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-ketua Jabatan; Pegawai-pegawai Kanan dan kakitangan dari kementerian-kementerian; serta Pengarah-pengarah Urusan Agensi Swasta; dan wakil jemputan Ketua-ketua Perwakilan ke NBD serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organisation - NGO).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17