Home > In The Court
Akibat Penipuan, Konspirasi : Dihukum Penjara
July 1st, 2022 | 12:32 PM | 699 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun enam bulan terhadap seorang lelaki warga Malaysia, Chieu Vun Thian, yang merupakan Pengarah Urusan bagi Voon Hua Hardware Company Sendirian Berhad, setelah didapati bersalah bagi dua kesalahan di bawah Bab 420 Hukuman Kanun Jenayah, Penggal 22.
Siasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah mendapati bahawa defendan telah terlibat di dalam konspirasi bersama seorang individu yang bernama Mohd. Azam Zaki bin Haji Mohd. Zain untuk menipu Brunei Shell Petroleum (BSP) dengan memperdaya BSP untuk mempercayai bahawa BSP memerlukan pembelian 22 set 'Master Toolset Pronto 99663' termasuk 'cabinet roller' daripada syarikat kepunyaan defendan iaitu Voon Hua Hardware Company Sendirian Berhad.
Hasil daripada konspirasi penipuan tersebut telah menyebabkan BSP meluluskan dan membuat pembayaran sebanyak BND154,000.
Defendan didapati bersalah selepas perbicaraan di hadapan Majistret Kanan, Harnita Zelda Skinner.
Dalam menjatuhkan hukuman tersebut, Majistret menyatakan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh defendan adalah kesalahan yang serius dan telah menyebabkan BSP menanggung kerugian kewangan dan menyatakan bahawa perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan hukuman pemenjaraan tersebut adalah wajar.
Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Suriana binti Haji Radin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]