Home > In The Court
Rompak : 2 Lelaki Didakwa
July 1st, 2022 | 12:33 PM | 822 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua lelaki tempatan direman bagi kesalahan di bawah mengikut Seksyen 395 Kanun Jenayah dan akan diperdengarkan lagi pada 5 Julai 2022 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas tidak mengaku bersalah melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata pada 27 Jun lalu.
Defendan-defendan telah memecah masuk di sebuah rumah pekerja baru-baru ini dan menyerang seorang warga asing, sementara salah seorang daripada mereka telah menghunus pisau dan merompak barang-barang mangsa.
Dalam pertuduhan yang dihadapkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Rozaimah binti Haji Abdul Rahman terhadap Mohd. Hairul Azmi bin Jumat, 38 tahun, dan tertuduh Mohammad Najib Na'imullah bin Haji Rosli, 30 tahun.
Pertuduhan mendakwa kedua-dua defendan tu melakukan rompakan berkumpulan, sementara tertuduh Mohd. Hairul bersenjatakan pisau dan menyerang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun di rumah pekerja di Kampung Sengkurong, melarikan telefon bimbit mangsa dan wang tunai berjumlah BND221.
Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada kedua-dua defendan dan memberikan laluan kepada pihak polis menyelesaikan siasatan, mengarahkan mereka terus ditahan reman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]