FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Kota Ranger Tewaskan PES, 7-4


 


 July 4th, 2022  |  13:24 PM  |   1094 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kota Ranger menang bergaya selepas berjaya menundukkan PES dengan jaringan 7 – 4 pada siri Kejohanan Piala Futsal Brunei 2022 (BFC 2022) yang berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garrison, di sini.

 

 Babak pertama perlawanan menyaksikan pasukan PES mendahului perlawanan 0 - 1 apabila Ahmad Hazazie Haji Md. Daud berjaya menjaringkan gol di awal minit perlawanan.

 

 Namun selang enam minit kemudian, gawang PES digegarkan apabila Abd. Hadi Azhar Haji Lamit berjaya menjaringkan gol pada minit ke-7 bagi menyamakan jaringan 1 – 1.

 

Gawang PES dibolosi lagi pada minit ke-9 apabila Abd. Badri Izdihar Haji Lamit berhasil menjaringkan gol kedua buat pasukannya untuk mendahului 2 - 1.

 

Jaringan 2 – 1 pasukan Kota Ranger hanya bertahan beberapa saat sahaja apabila pasukan PES menyamakan jaringan 2 – 2 hasil sepakan Ahmad Hazazie.

 

 Abd. Badri Izdihar sekali lagi berjaya menambah gol 3 – 2 bagi pasukan Kota Ranger apabila sepakannya membuahkan hasil pada minit ke-14 perlawanan.

 

Pasukan PES sekali lagi bangkit menyamakan jaringan 3 – 3 pada minit ke-18 apabila sepakan Awang Abd. Haziq Hazazi bin Haji Awang Ramli membolosi gawang Kota Ranger.

 

 Seminit sebelum separuh masa pertama berakhir, pasukan Kota Ranger menambah lagi satu jaringan hasil sepakan Noor Raimi @ Syahremy bin Karim menjadikan kedudukan 4 – 3.

 

Perlawanan pada separuh masa kedua pula menyaksikan pasukan Kota Ranger terus mendominasi perlawanan apabila Md. Amirul Syami Adillah Md. Helmi berjaya menambah dua gol pada minit ke-25 dan minit ke-33 bagi pasukannya menjadikan kedudukan 6 – 3.

 

Kubu pasukan PES digegarkan sekali lagi apabila sepakan Abd. Raziq bin Haji Abd. Lamit berjaya menembusi gawang pada minit ke-36 untuk mendahului 7 – 3.

 

Meskipun ketinggalan empat mata, pasukan PES berjaya menambah satu lagi gol pada minit ke-38 hasil sepakan Muhammad Nur' Ifwat Hisyamuddin bin Haji Osman menjadikan kedudukan 7 – 4 hingga pengadil meniupkan wisel penamat.

 

Pada perlawanan berasingan,  Almerez FC membenam pasukan Silveredz FT dengan jaringan 17 – 0.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19