Home > Sports
16 Pasukan Berentap Buru Kejuaraan BFC 2022
July 4th, 2022 | 13:25 PM |
760 views
BERAKAS
Kejohanan Piala Futsal Brunei 2022 (Brunei Futsal Cup 2022) membuka tirainya dengan menyaksikan penyertaan sebanyak 16 buah pasukan yang berentap memburu kejuaraan di Dewan Serbaguna Kementerian Pertahanan yang bermula 2 Julai 2022.
Hadir merasmikan kejohanan berkenaan, Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan.
Sebanyak empat kumpulan yang diwakili empat buah pasukan akan mempamerkan kehebatan dan menguji pasukan lawan masing-masing sebelum menentukan kedudukan dua pasukan terbaik bagi setiap kumpulan untuk mara ke suku akhir.
Kumpulan A dibarisi oleh MS ABDB, Shah United, GG FT dan Creativol. Manakala Kumpulan B diwakili oleh BIBD SRC, Kasuka & AR Rawda, RS FT dan DDT FT.
Sementara Kumpulan C pula menyaksikan Kota Ranger, Almerez FC, Silveredz FT dan PES. Manakala Arbisyam FC, Street United, Syahkampong FT dan Qahar FT berada dalam Kumpulan D.
Juara BFC 2022 dijangka akan mewakili Negara Brunei Darussalam ke AFF Futsal Club Championship 2022 nanti.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]