Home > Sports
DDT FT, Kasuka & Ar Rawda Seri 1-1
ANTARA aksi perlawanan antara DDT FT dan Kasuka & Ar Rawda.
July 6th, 2022 | 11:13 AM | 1300 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Perlawanan Piala Futsal Brunei 2022 (Brunei Futsal Cup 2022) antara DDT FT dan Kasuka & Ar Rawda malam tadi berkesudahan seri 1-1.
Pada separuh masa pertama perlawanan yang berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan, di sini menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk merebut peluang menjaringkan gol ke gawang pihak lawan.
Penantian jaringan pertama Kasuka Ar Rawda akhirnya disudahkan menerusi Muhammad Ulfi Aminuddin pada minit ke-18.
Namun pada separuh masa kedua, DDT FT tidak tinggal diam malah bangkit beraksi sekali gus berjaya membolosi gawang Kasuka Ar Rawda menerusi Muhammad Nur Syazwan bin Halidi pada minit ke-21.
Permainan sedikit tegang saat-saat akhir perlawanan dengan kedua-dua pasukan terus mengasak serangan untuk merubah kedudukan namun keputusan kekal 1-1 hingga wisel penamat dibunyikan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]