Home > Headline
NBD, Timor-Leste Tingkatkan Hubungan Dua Hala
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, ketika berkenan menerima menga
July 7th, 2022 | 13:55 PM | 428 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama, Republik Demokratik Timor Leste, Puan Yang Terutama Adaljiza Magno, yang mengadakan lawatan ke negara ini selama lima hari.
Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Puan Yang Terutama telah berbincang mengenai meningkatkan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Demokratik Timor-Leste, termasuk kerjasama dalam bidang ekonomi; pengangkutan; dan pendidikan; serta pertukaran antara penduduk dan belia.
Menyertai PYT pada Majlis Mengadap tersebut adalah Menteri Pengangkutan dan Perhubungan, Tuan Yang Terutama José Agustinho da Silva; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke NBD, Tuan Yang Terutama Abel Gutterres.
Juga hadir, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof; dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.
Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]