FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Curi Peti Wang : Dipenjara 2 Tahun


 


 July 8th, 2022  |  09:48 AM  |   1006 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Padah melakukan jenayah pecah masuk dan mencuri, seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai 'runner' dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

 

Defendan, Muhammad Kahar Muzakar bin Abdullah, 27 tahun, dijatuhkan hukuman berkenaan setelah mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 451 Kanun Jenayah Bab 22 di hadapan Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar.

 

Mengikut pertuduhan, sebelum bekerja sebagai 'runner', defendan pernah bekerja sebagai jurujual di Maju Motors Sendirian Berhad di Jalan Telanai. Defendan bekerja selama hampir setahun dan telah diberhentikan pada bulan Jun 2021.

 

Pada 15 Jun 2022, kira-kira jam 7.30 pagi, (pengadu) baru tiba untuk bekerja di Maju Motors Sdn. Bhd., Jalan Telanai. Semasa dia memasuki bangunan itu, dia menyedari bahawa kunci salah satu bilik akauntan telah rosak.

 

Susulan itu, pengadu turut mendapati pintu kecemasan menunjukkan ada tanda-tanda kerosakkan akibat dimasuki.

 

Melihat perkara itu, pengadu segera memeriksa rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang mendedahkan seorang lelaki ber'hoodie' hitam memasuki bangunan dari pintu masuk utama dan selepas itu menggeledah meja di dalam bangunan.

 

Setelah mengetahui perkara ini, pengadu segera memaklumkan kepada pihak atasan yang kemudian mengarahkan pengadu membuat laporan polis.

 

Semasa siasatan, pihak polis berjaya mendapatkan rakaman CCTV yang membawa kepada pengecaman defendan dan selepas itu dia ditangkap.

 

Defendan didakwa melakukan kesalahan itu pada 14 Jun 2022, kira-kira jam 11.00 malam, ketika defendan baru sahaja selesai menghantar barang kepada pelanggannya di Kampung Selayun.

 

Selepas itu, defendan memandu ke Maju Motors Sdn. Bhd., Jalan Telanai lalu meletakkan kenderaannya di belakang bangunan tersebut.

 

Defendan kemudiannya memberhentikan kenderaannya dan berjalan kaki ke pintu masuk utama di mana dia membuka pintu gelangsar (sliding door).

 

Semasa defendan masuk ke bangunan itu, defendan menuju ke tingkat satu melalui tangga belakang di mana dia membuka pintu kecemasan untuk pergi ke tingkat satu bangunan itu.

 

Kemudian, defendan terus ke salah satu bilik akauntan di mana dia membuka pintu secara kekerasan dan kemudian memasukinya.

 

Di dalam bilik tersebut, defendan kemudian menyelongkar sebuah meja dan menemui beberapa peti wang tetapi defendan hanya membawa satu peti wang dan terus meninggalkan bangunan itu.

 

Di dalam kenderaannya, defendan kemudian membuka peti wang itu menggunakan pemutar skru yang dibawanya. Di dalam peti itu defendan menemui wang tunai BND25. Dalam perjalanan pulang, defendan kemudiannya melupuskan peti wang itu di tepi jalan di Jalan Kebangsaan.

 

Dalam kenyataannya kepada polis, defendan mengakui bahawa dia telah memasuki bangunan tersebut dan selepas itu telah mencuri sebuah peti wang yang mengandungi BND25.

 

Dia seterusnya mengakui bahawa dia telah membelanjakan wang itu untuk kegunaan peribadinya. Dalam rekod, defendan tidak mempunyai sabitan terdahulu. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu'izzah binti Haji Sabli.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19