FacebookInstagramTwitterContact

 

China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>           STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>           Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Berangkat Ke Majlis Kesyukuran Hari Keputeraan


 


 July 15th, 2022  |  15:06 PM  |   400 views

KIARONG

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke-76, Tahun 2022, yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini.

 

Majlis Kesyukuran berkenaan diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Sembahyang Fardu Maghrib, Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil, diimamkan dan dipimpin oleh Pegawai Masjid, Jame' 'Asr Hassanal Bolkiah, Kampung Kiarong, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

 

Sementara Doa Kesyukuran pula dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

 

Atur cara kemudiannya diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, diimamkan oleh Pegawai Masjid, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

 

Selain tumpuan utama di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, tumpuan bagi acara keagamaan itu juga diadakan di masjid-masjid seluruh negara.

 

Bagi Daerah Brunei dan Muara, majlis diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien; Masjid Hassanal Bokiah, Kampung Mentiri; Masjid Al-Amerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara; dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

 

Bagi Daerah Belait pula, majlis seumpamanya diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid RPN Kampung Pandan, Kuala Belait; dan Masjid Pekan Seria, Daerah Belait.

 

Manakala bagi Daerah Tutong, majlis diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, sementara bagi Daerah Temburong pula di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54