Home > Headline
Berkenan Berangkat Ke Majlis Persantapan
July 17th, 2022 | 12:37 PM | 891 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Persantapan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-76, Tahun 2022, hari ini yang berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini.
Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Juga berangkat paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja.
Turut hadir pada majlis tersebut, tetamu-tetamu khas baginda, antaranya Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Dato Laila Utama Pehin Sri Dr. Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri; Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong dan isteri; Panglima Tentara Nasional Indonesia (TNI), Yang Terhormat Jenderal TNI Dato Paduka Seri Muhammad Andika Perkasa dan isteri; Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato Paduka Seri Haji Affendi bin Buang dan isteri; Setiausaha Kewangan Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Carlos Garcia Dominguez III dan isteri serta para jemputan khas yang lain.
Terdahulu sebelum berangkat ke Dewan Majlis Persantapan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K) yang membawa gelaran 'Dato Laila Utama' kepada Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong yang diadakan di Cheradi Laila Kenchana.
Seterusnya, baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama (P.S.L.J) yang membawa gelaran 'Datin Paduka Seri Laila Jasa' kepada Madam Ho Ching.
Majlis Persantapan dimulakan dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat, dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Juga berangkat dan hadir, Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri dan Manteri-manteri Pedalaman dan para Perwakilan Asing ke negara ini juga pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Majlis tersebut bukan sahaja memberi kesempatan kepada para tetamu khas negara bersua muka dan beramah mesra bersama raja yang kita kasihi serta kerabat diraja yang lain, bahkan merupakan peluang bagi para jemputan dalam negara sendiri untuk mengeratkan silaturahim di antara satu sama yang lain dalam sama-sama hadir, seterusnya memeriahkan majlis berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]