Home > In The Court
14 Bulan Penjara Kerana Pecah Amanah
July 19th, 2022 | 11:38 AM | 900 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Akibat bersubahat, dua lelaki tempatan masing-masing dijatuhkan hukuman 14 bulan penjara di Mahkamah Perantaraan, hari ini.
Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Harnita Zelda Skinner bermula hari ini ke atas Ahmad Marzuqi bin Musaddad (D2) dan Awangku Abdul Hafiz bin Pengiran Ibrahim (D6) kerana didakwa melakukan kesalahan jenayah pecah amanah.
Pada 29 Julai 2019, antara jam 10.00 malam dan 11.30 malam, D2 dan D6 terlibat bersama dengan Heng Fock Yuan @ Elbrin Heng (D1), Naser Sahadat (D3), Otang Saumar (D4), Adi Priyatno (D5), Roland Tahum Capio (D7), Armin Mahmud Satia (D8) dan tiga lagi yang lain berkonspirasi melakukan jenayah pecah amanah di Kawasan Sungai Kuala Belait.
Pada kejadian itu, D2 dan D6 bersama mereka yang lain dengan seorang kapten kapal 'Amarco 9' secara tidak jujur menyalahgunakan 8000 liter minyak diesel yang bernilai BND5,440 yang dimiliki oleh Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd iaitu dengan mengepam minyak tersebut ke dalam kapal yang tidak diketahui.
Hukuman tersebut dijalankan di bawah Seksyen 406 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, dibaca dengan Seksyen 109 di bawah akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Nor' Azmeena inti Pengiran Mohiddin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]