Home > In The Court
Dipenjara 7 Bulan Kerana Gagal Bayar Denda
July 21st, 2022 | 11:06 AM | 612 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Disebabkan gagal membayar denda BND7,200, seorang lelaki, warganegara Bangladesh, Abdul Hoque Faraji, dijatuhkan hukuman 7 bulan penjara.
Majistret Nur Eleana binti Dato Paduka Haji Hairol Arni menjatuhkan hukuman itu, di Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan, pada 19 Julai 2022.
Tertuduh, Abdul Hoque Faraji, berumur 50 tahun, mengaku bersalah dengan kesalahan, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006, iaitu memiliki sembilan karton rokok.
Dia ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bersama agensi penguatkuasaan lain dalam Operasi Sepadu, di sebuah rumah pekerja, kawasan Kuala Balai, Kuala Belait.
Semua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk dimusnahkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]