Home > In The Court
Gagal Bayar Denda : Dipenjara 14 Bulan
July 21st, 2022 | 11:08 AM | 1087 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara ke atas seorang wanita, warga tempatan, setelah gagal membayar denda sebanyak BND36,300.
Norashimah binti Ismail (Defendan), berusia 32 tahun, dijatuhkan hukuman tersebut kerana memiliki 33 karton rokok dan 48 paket rokok pelbagai jenis serta wang tunai sebanyak BND463.
Hukuman dijalankan bermula hari ini oleh Yang Arif Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Yusof, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006.
Defendan ditangkap di sebuah rumah, Kawasan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lambak Kiri oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, pada 7 April 2022.
Mahkamah juga memerintahkan, semua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk diserahkan ke kerajaan untuk dimusnahkan, manakala wang tunai sebanyak BND463, iaitu hasil penjualan rokok juga dihukum rampas.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]