FacebookInstagramTwitterContact

 

20 Useful Medicinal Herbs To Plant In Your Home Garden           >>           Russia Previews Its Post-ISS Space Station           >>           Signal Says Third-Party Data Breach Exposed 1,900 Phone Numbers           >>           Saudi Billionaire Made $500 Million Russia Bet At War Onset           >>           Tourists Pouring Back Into Thailand Underpin Outperforming Baht           >>           Indian Billionaire’s Stock Holdings Worth Nearly $4 Billion In Focus After Death           >>           Credit Suisse Faces Fresh China Setback After Executive Exodus           >>           Singapore Workers Spurn Jobs That Don’t Offer Hybrid Work Option           >>           Ruth Ellis And Tragedy Of Little Boy Left Behind When UK's Last Woman Was Hanged           >>           Man, 48, Mistaken For Wife's Father Realises He First Met Her When She Was A Baby           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:47AM

Subuh

: 04:57AM

Syuruk

: 06:16AM

Doha

: 06:39AM

Zohor

: 12:26PM

Asar

: 03:41PM

Maghrib

: 06:33PM

Isyak

: 07:44PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Cabul : Guru Sekolah Swasta Dipenjara, Disebat


 


 July 24th, 2022  |  12:10 PM  |   480 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang guru lelaki, berusia 29 tahun, di sekolah swasta mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara serta empat kali sebatan kerana mencabul kehormatan tiga pelajar perempuan.

 

Defendan, didakwa atas tiga pertuduhan kerana mencabul kehormatan tiga pelajar perempuannya, yang berumur di antara 6 dan 7 tahun, semasa 13 Julai, tahun ini.

 

Pada Rabu, pihak Pendakwaan mengeluarkan dokumen mahkamah, iaitu fakta kes yang mendedahkan bagaimana defendan, yang merupakan guru kepada pelajar Tahun 1, menyalahgunakan kedudukan, amanah dan kuasanya untuk mencabul mangsa, iaitu tiga pelajar berkenaan, di dalam bilik darjah.

 

Semasa pelajar membuat kerja sekolah, Defendan mendekati mangsa pertama dan menarik tangan mangsa untuk menyentuh alat kemaluannya. Defendan kemudian berjalan ke arah mangsa kedua untuk melakukan perbuatan yang sama.

 

Selepas tamat persekolahan, mangsa pertama memberitahu ibunya tentang kejadian yang berlaku di sekolah, bahkan mangsa pertama turut menceritakan, bahawa dia juga melihat gurunya itu melakukan perkara yang sama terhadap rakan sekelasnya, iaitu mangsa kedua.

 

Ibu mangsa pertama, kemudian memaklumkan kepada ibu bapa yang lain dan pihak sekolah. Malah, pada keesokan harinya, pihak sekolah juga dimaklumkan, bahawa guru tersebut melakukan perbuatan yang sama terhadap mangsa ketiga, iaitu setelah menjalankan siasatan. Ibu bapa mangsa itu segera membuat laporan polis.

 

Defendan dalam siasatan yang dijalankan oleh Unit Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Bahagian Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei mengaku melakukan perbuatan mencabul kehormatan tiga pelajar perempuan berkenaan, di dalam bilik darjah.

 

Dalam prosiding mahkamah hari ini, defendan menyatakan kekesalannya dan memohon maaf kepada keluarga mangsa serta pihak sekolah. Defendan juga meminta kelonggaran daripada hakim.

 

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri binti Kiprawi menekankan, bahawa untuk mahkamah mempertimbangkan adalah faktor yang memburukkan lagi kes tersebut, termasuk defendan menyalahgunakan amanah sebagai seorang guru terhadap tiga pelajar perempuannya dan sikap defendan yang tidak mengendahkan persekitarannya apabila melakukan kesalahan itu di hadapan pelajar lain.

 

Yang Arif Hakim Hajah Hazarena binti POKSJDP Haji Abu Hurairah di Mahkamah Perantaraan, menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan kepada defendan dengan dua kali sebatan bagi setiap pertuduhan, tetapi memerintahkan pertuduhan pertama dan kedua berjalan serentak serta berturut-turut kepada pertuduhan ketiga.

 

Hakim, seterusnya memerintahkan dua sebatan lagi bagi pertuduhan pertama dan kedua adalah terkumpul, tetapi tidak terkumpul pada pertuduhan ketiga.

 

Dalam menjatuhkan hukuman terhadap defendan, hakim menegaskan, bahawa kesalahan yang dilakukan oleh defendan tidak boleh dimaafkan kerana beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai guru di sebuah sekolah swasta dan hakim menyatakan kebimbangannya terhadap kesan jangka panjang terhadap mangsa-mangsa tersebut akibat daripada tindakan defendan.

 

Kesalahan mencabul kehormatan, di bawah Seksyen 354B Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, membawa hukuman minimum tiga tahun penjara dan maksimum 10 tahun penjara dengan sebat jika sabit kesalahan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Shafie Retains Warisan Presidency Uncontested

 2022-08-16 12:18:36

Shanghai Covid: Ikea Shoppers Flee Attempt To Lock Down Store

 2022-08-16 11:47:04

Saudi Billionaire Made $500 Million Russia Bet At War Onset

 2022-08-16 15:08:04