FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Padah Salah Guna Kuasa, Dipenjara 12 Bulan


 


 July 24th, 2022  |  12:11 PM  |   848 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki warga tempatan mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif di bawah Bab 165 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, iaitu kesalahan menerima sejumlah wang daripada seseorang yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya sebagai seorang penjawat awam.

 

Siasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah (BMR) mendapati bahawa pada masa kesalahan tersebut dilakukan, Mohd Shah Nurul Ridzuan bin Haji Maiddin (defendan) berusia 33 tahun merupakan seorang penjawat awam, iaitu seorang Pegawai Staf Gred 2 di Unit Kewangan, Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

 

Defendan telah menerima wang berjumlah BND1,000 yang disimpan di dalam sampul surat daripada seorang kontraktor dari sebuah syarikat yang melaksanakan kerja-kerja projek berkenaan dengan perumahan di KHEU, yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi defendan sebagai pegawai yang bertanggungjawab memproses bayaran untuk kerja tersebut.

 

Siasatan juga mendapati bahawa kontraktor tersebut telah memberitahu defendan untuk menukar sebahagian wang tunai tersebut kepada baucar hadiah untuk diberikan kepada para pekerja lain di Unit Kewangan, di Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan di kementerian tersebut.

 

Defendan mengakui mengambil BND500 untuk kegunaan dirinya sendiri dan wang selebihnya telah digunakannya untuk membeli baucar hadiah dari Hua Ho Department Store untuk diberikan kepada kakitangan di Unit Kewangan di kementerian tersebut dan juga kepada bekas teman wanitanya.

 

Kontraktor di dalam kes ini juga  telah dituduh memberikan wang BND1,000 tersebut kepada defendan tetapi beliau tidak mengaku bersalah dan pada masa ini sedang menunggu untuk dibicarakan.

 

Yang Arif Majistret Kanan, Harnita Zelda Skinner menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas defendan setelah mempertimbangkan pengakuan bersalah defendan.

 

Pihak Pendakwa Raya diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Rozaimah binti Haji Abdul Rahman manakala defendan diwakili oleh Sheikh Noordin bin Sheikh Mohammad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39