Home > In The Court
Padah Akibat Mencuri
July 28th, 2022 | 12:54 PM |
430 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seorang lelaki penjawat awam, 35 tahun yang bertugas sebagai Posmen di Pejabat Pos Salambigar dijatuhkan hukuman penjara enam bulan atas kesalahan mencuri wang tunai milik Pejabat Pos Salambigar iaitu milik harta benda kerajaan pada 5 Julai 2022.
Tertuduh, Pengiran Ermizatul Anwar bin Pengiran Metassan telah mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada 30 Mei 2022 dan sedang bertugas di pejabat pos tersebut, tertuduh mencuri dari peti simpanan wang kecil di dalam sebuah bilik.
Mengikut fakta kes, ketika kejadian pada jam 4.15 petang tertuduh memastikan semua pekerja di Pejabat Pos tersebut telah balik dan tertuduh membuka pintu untuk masuk ke dalam Bilik Penolong Penguasa Pos menggunakan pembaris.
Tertuduh seterusnya juga mengakui bahawa antara April 2022 dan sebelum 30 Mei 2022, dia telah mencuri wang tunai dari peti simpanan wang kecil yang sama di dalam bilik menggunakan modus operandi yang sama iaitu dengan masuk ke dalam Bilik Penolong Penguasa Pos dan mendapatkan kunci bilik dari laci meja Penolong Penguasa Pos sebanyak tiga kali.
Pendakwaan kes ini dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]