Home > In The Court
Rasuah : Mengaku Tidak Bersalah
July 29th, 2022 | 11:17 AM | 1262 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dua lelaki, warga tempatan, mengaku tidak bersalah, di Mahkamah Majistret atas kesalahan, di bawah Akta Pencegahan Rasuah Penggal 131.
Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu (D1); dan Jonathan Kho Chew Sen (D2), masing-masing mengaku tidak bersalah, di hadapan Hakim Dayangku Hajah Norismayanti binti Pengiran Haji Ismail.
Pada 17 Julai 2014, D1 didakwa kerana menerima suapan sebuah kereta mewah, iaitu Mercedes C200 CGI AMG Sports, dengan nombor pendaftaran BAN 9963 daripada D2.
D1 semasa didakwa dengan kesalahan itu merupakan Pengarah Radio Televisyen Brunei (RTB), manakala D2 adalah Penolong Ketua di Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa, RTB.
Dalam fakta kes, D1 didakwa, di bawah Bab 6(a) Akta Pencegahan Rasuah sementara D2 didakwa, di bawah Bab 6(b) Akta Pencegahan Rasuah kerana memberi suapan sebuah kereta mewah tersebut kepada D1.
D2 memberikan suapan sebuah kereta mewah tersebut kepada D1 adalah sebagai ganjaran bagi jaminan pelantikan D2 sebagai Pemangku Ketua, di Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa, RTB.
Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Suriana binti Haji Radin; dan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi. Manakala, Roy Prabhakaran; dan Kamal bin Shaari dari Yusof Halim & Partners mewakili pihak defendan.
Kes ini akan disebutkan semula, pada 6 Ogos 2022, jam 9.00 pagi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]