FacebookInstagramTwitterContact

 

Brunei Youth League U15           >>           Pantai Mentiri Amateur Open Golf Club Championship           >>           Reverse Heart Disease Through DIETARY CHOICES: Here’s Where To Start           >>           How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           Brunei Youth League U18           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Kate Hudson Shares Glimpse Into Family Vacation With Kids Bingham And Rani           >>           Missing           >>           Perbadanan TAIB receive Two Prestigious Awards           >>           Bay FC's Racheal Kundananji Says Zambia Are Going To Shake Up Women's AFCON Hierarchy           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Tarikh Baharu Tayangan Dokumentari Prince Azim : Son Of The Arts - 13, 14 Ogos


 


 July 30th, 2022  |  08:11 AM  |   618 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dokumentari Prince Azim : Son of the Arts akan ditayangkan tidak lama lagi susulan tayangan terdahulu ditangguhkan berikutan situasi jangkitan COVID-19, pada Ogos tahun lepas, namun dua tarikh baharu diumumkan untuk Ogos ini.

 

Filem dokumentari khas tersebut merupakan terbitan eksekutif Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Diarahkan oleh Sumardi Hedus dari Relentless Entertainment, filem dokumentari tersebut menggambarkan rakaman video rumah dan wawancara dalaman, yang tidak pernah dilihat sebelum ini daripada keluarga Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, rakan-rakan dan orang-orang terinspirasi oleh Duli Yang Teramat Mulia serta bersama siapa beliau berkongsi minatnya.

 

Filem dokumentari berdurasi 90 minit, yang menawarkan pratonton tertutup tentang kehidupan peribadi Al-Marhum akan ditayangkan pada 13 dan 14 Ogos 2022, di Pusat Seni Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

 

E-tiket tambahan untuk tayangan di Pusat Seni JIS, boleh dibeli melalui laman sesawang, 'www.Progresifevents.com', yang akan disiarkan secara langsung, mulai 1 Ogos 2022 dan tiket berkenaan berharga BND15 setiap satu.

 

Tiket yang dibeli untuk tontonan tahun lepas, 7 dan 8 Ogos 2021, akan dijadualkan semula secara automatik dan ditetapkan, pada 13 dan 14 Ogos 2022, masing-masing di Pusat Seni JIS.

 

Maklumat lanjut mengenai tayangan tersebut akan diumumkan di saluran media sosial Progresif tidak lama lagi.

 

Semua kutipan tiket akan disalurkan terus bagi menyokong badan amal yang bekerjasama rapat bersama Al-Marhum, iaitu Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam; Persatuan Kanak-Kanak Cacat Brunei (KACA); SMARTER Brunei; dan Yayasan Kanser Kanak-Kanak Brunei (YASKA).

 

Tayangan perdana dokumentari tersebut disokong oleh Progresif Sdn. Bhd. (Progresif) sebagai Rakan Kongsi Pemasaran dan Acara yang dilantik; serta JIS Arts Centre sebagai Rakan Kongsi Venue.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Russia Becomes First State To Recognise Afghanistan's Taliban Government

 2025-07-05 01:57:40

Trump Says US To Start Sending Out Tariff Letters

 2025-07-05 02:23:28