FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Lelaki Tempatan Berhadapan 5 Tuduhan


 


 August 4th, 2022  |  11:21 AM  |   820 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas lima pertuduhan termasuk merogol kanak-kanak bawah umur.

 

Defendan yang namanya dirahsiakan kerana mempunyai kaitan dengan mangsa yang merupakan suami kepada sepupu mangsa berusia 14 tahun.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Fitri binti Haji Kiprawi dalam hujahnya mengatakan defendan telah merogol mangsa dua kali di dalam kereta di Jalan Lubok Pulau sekitar tengah hari dan di Pantai Seri Kenangan, Tutong lewat petang pada 29 Jun.

 

Defendan juga didakwa atas tiga pertuduhan lain iaitu telah mencabul kehormatan remaja perempuan berkenaan.

 

Mula-mula pada Julai 2021 di sebuah rumah di Tutong defendan telah memaksa pelbagai perbuatan seksual terhadap mangsa. Kedua, defendan dikatakan memaksa mangsa melakukan perbuatan seksual terhadapnya semasa mereka berada di 'shophouse' pada tahun ini.

 

Yang ketiga, defendan didakwa memaksa mangsa melakukan perbuatan seksual ke atasnya lagi di 'shophouse', Tutong pada pagi 5 Julai.

 

Defendan meminta masa untuk mempertimbangkan rayuannya dan mendapatkan nasihat undang-undang.

 

Defendan juga memohon ikat jamin, bagaimanapun pihak pendakwaan membantah permohonan itu berdasarkan beratnya kesalahan, kekuatan kes pendakwaan dan hubungan rapat antara mangsa dan defendan.

 

Pihak pendakwaan seterusnya memaklumkan mahkamah bahawa hakikatnya defendan telah diamanahkan oleh ibu mangsa untuk mengambil dan menghantar mangsa ke sekolah. Terdapat juga satu ketika di mana mangsa tinggal serumah bersama defendan.

 

Pihak pendakwaan menekankan faktor-faktor tersebut menimbulkan risiko tinggi defendan mengganggu mangsa dan saksi sekiranya dia dibebaskan dengan ikat jamin.

 

Ketua Hakim Mahkamah Besar, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong Wan Oon tidak merekodkan rayuan defendan dan bersetuju bahawa terdapat risiko defendan mengganggu mangsa dan saksi serta menolak permohonan defendan untuk diikat jamin dan memerintahkan tahanan reman.

 

Kes tersebut akan diperdengarkan lagi pada 16 Ogos 2022 di hadapan Ketua Hakim Negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16