Home > Bahasa Melayu
3 Pekerja Ditahan Buat Kerja Lain Jawatan
August 6th, 2022 | 10:07 AM | 265 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Sejahtera 108 / 2022 di Kampung Gadong dan Kilanas pada 2 Ogos 2022, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.
Pemeriksaan ke atas kegiatan kedai runcit di kawasan Kampung Gadong 'B' dan Kilanas telah mendapati seramai tiga pekerja asing melakukan kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009.
Seorang pekerja asing yang berjawatan sebagai pengasuh (groomer) didapati melakukan pekerjaan sebagai buruh kedai.
Jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak BND600 bagi kesalahan pertama dan BND900 bagi kesalahan kedua.
Selain itu, seramai dua pekerja asing telah didapati bekerja dengan majikan selain dari majikan yang telah dibenarkan.
Jika sabit kesalahan, majikan asal dan majikan yang menggaji boleh dikenakan denda kompaun sebanyak BND600 bagi kesalahan pertama dan BND900 bagi kesalahan kedua.
Sehubungan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.
Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.
Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh menerusi talian +673 2381848 (semasa waktu bekerja) atau +673 7298989 (di luar waktu bekerja).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]