Home > Bahasa Melayu
BNA Anjur Jerayawara ‘Netball’ Kitani, 7 Ogos Ini
August 6th, 2022 | 10:09 AM | 289 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bagi mempromosikan sukan bola jaring kepada masyarakat di negara ini, Persatuan Bola Jaring Negara Brunei Darussalam (BNA) akan menganjurkan Jerayawara 'Netball' Kitani bersempena dengan Festival Hari Belia Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-17, Tahun 2022 pada 7 Ogos ini.
Pelbagai aktiviti pembangunan yang berbentuk praktikal kemahiran bola jaring, permainan kecil dan juga seminar pengadilan bola jaring diadakan bagi membarigakan pengetahuan sukan bola jaring secara holistik.
Projek tersebut merupakan kerjasama antara pelbagai agensi yang berkepentingan dalam pembangunan sukan bola jaring termasuklah Majlis Sukan Sekolah-sekolah; Jabatan Pendidikan Kokurikulum (JPKK); Sekolah Sukan dan Netcademy bersama BNA.
Program tersebut dibukakan kepada orang ramai,sama ada daripada kumpulan kanak-kanak di peringkat sekolah, para belia mahupun peringkat dewasa.
Misi dan visi serta matlamat jerayawara tersebut adalah untuk mengutip sumbangan kewangan bagi menyokong persiapan pasukan kebangsaan di Kejohanan Asian Netball Championship dan Sukan Malaysia 2022.
Selain itu, ia juga bagi meningkatkan penglibatan masyarakat melalui aktiviti sukan bola jaring di NBD.
Program tersebut nanti juga diselajurkan dengan perasmian platform pendaftaran rangkaian 'NetAthlete' bagi para ahli BNA.
Melalui jerayawara yang dianjurkan, BNA juga berhasrat untuk membentuk para pemain belia agar menjadi anggota masyarakat yang proaktif selain mendedahkan mereka kepada usaha untuk meningkatkan kemahiran insaniah dan membina keyakinan diri.
Di samping itu, untuk menjadikan sukan bola jaring sebagai sukan universal sesuai bagi pelbagai peringkat masyarakat sama ada kanak-kanak, remaja dan belia bukan sahaja untuk kaum wanita malahan kaum lelaki dan orang berkelainan upaya.
Jerayawara itu juga dihasrat untuk memupuk semangat perpaduan sukan dan mempromosikan kecergasan serta kesihatan fizikal dan mental dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti sukan bola jaring.
Selain mewujudkan peluang industri sukan melalui penglibatan dan usaha sama bersepadu dengan pelbagai pihak berkepentingan dan pelbagai agensi lain di NBD serta memberi peluang untuk membarigakan program pembangunan dan laluan pemilihan persediaan pemain menuju ke arah peringkat elit dan prestasi tinggi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]