Home > Bahasa Melayu
62 Warga Sekolah Sertai Latihan Pengosongan Bangunan
August 6th, 2022 | 10:14 AM | 416 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Unit Perhubungan Awam Cawangan Operasi 'D' bersama Guru Besar dan Fire Marshal Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid, Kampung Menunggol telah pun membuat latihan pengosongan bangunan semasa kebakaran yang melibatkan warga sekolah seramai 62 orang.
Latihan ini juga dijalankan pada setiap tahun bagi memastikan kesiapsiagaan warga sekolah jika berlakunya kecemasan terutama sekali kebakaran dan juga menerapkan kepentingan keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai tatacara untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap di dalam bangunan sekolah apabila berlakunya kebakaran.
Selain itu, bagi mengetahui akan tindakan ketika menghadapi insiden kebakaran di bangunan sekolah dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik dan memastikan bangunan dilengkapi dengan peralatan, iaitu alat pemadam api ringan jenis Debu Kering 2 kilogram dan Selimut Api (Fire Blanket).
Sehubungan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) ada menyediakan pelbagai program keselamatan seperti Taklimat Mencegah Kebakaran, LS995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui pelbagai aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hendaklah berhubung terus ke Pusat Gerakan JBP melalui talian kecemasan JBP 995 dan berikan maklumat yang tepat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]