FacebookInstagramTwitterContact

 

Hot Peppers To Heart Attacks: The Deadly Consequences Of Extreme Capsaicin Breeding           >>           Revolutionary Test Uncovers Hidden Cause Of Miscarriage: Womb Lining Disorder Exposes Preventable Pregnancy Loss           >>           'I Got A Pineapple Tattoo And Was Horrified To Learn What It Meant'           >>           Debby Ryan's Birthday Tribute To Jeff Baena Perfectly Captures The Rollercoaster Of Grief           >>           Olivia Munn Addresses Aaron Rodgers' Family Rift In Rare Relationship Comments           >>           US Lawmakers Allege That Oneplus Phones Transmit Data To Chinese Servers Without User Consent           >>           Hundreds Of Brother Printer Models Have Security Flaw That Can't Be Patched           >>           Man City Vs Al Hilal: Storms Forecast For Club World Cup Round-Of-16 Clash           >>           USMNT Learning How To Fight Through Adversity At Gold Cup           >>           USMNT Keeper Saves 3 In Gold Cup Win Over Costa Rica           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


YSHHB Sumbang Bantuan Kewangan


 


 August 6th, 2022  |  10:20 AM  |   295 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) hari ini menyampaikan beberapa sumbangan kewangan kepada institusi pengajian tinggi, sekolah ugama dan mangsa kebakaran serta bencana alam.

 

Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat YSHHB, Jalan Menteri Besar.

 

Kesemua sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemangku Pengarah Urusan dan Ahli Lembaga Pengarah YSHHB, Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman.  

 

Dalam mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan belia dalam pembangunan masyarakat dan negara, YSHHB memberikan sumbangan tajaan sebanyak BND1,000 kepada mahasiswa-mahasiswi  Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan untuk mengadakan projek komuniti mengenai kesedaran kanser kolorektal yang bertajuk 'Brunei Colorectal Cancer Awareness and Risk Education For Screening'.

 

Sumbangan tersebut diterima oleh Dayang Nurizzqah binti Bungu selaku wakil mahasiswa-mahasiswi PAPRSB IHS.

 

YSHHB seterusnya menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak BND1,069 kepada Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran bagi Murid-murid Sekolah Ugama Kampung Bolkiah untuk mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi seramai 16 orang murid yang akan diadakan pada bulan September nanti.

 

 Sumbangan tersebut diterima oleh Guru Besar Sekolah Ugama Kampung Bolkiah, Dayang Rozni binti Haji Mat Zahari.

 

YSHHB juga dari semasa ke semasa memberikan pemedulian terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah.

 

Bantuan ini dilaksanakan dengan segera bagi meringankan beban mangsa yang terlibat untuk meneruskan kehidupan harian.

 

Sehubungan itu, YSHHB menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhannya berjumlah BND38,100.00 kepada lapan buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah dan bencana alam di seluruh negara baru-baru ini.

 

 Ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan dari YSHHB pada hari ini ialah Pengiran Shahdir bin Pengiran Haji Md Tahir, Awang Lim Ajan, Dayang Masnah binti Haji Jumat, Awang Haji Julahi bin Haji Tuah, Awang Haji Md. Khairul bin Haji Emran dan Dayang Noridah binti Haji Jalil.

 

Sementara penerima bagi musibah bencana alam ialah Pengiran Siti Hawa binti Pengiran Salleh dan Dayang Hajah Chuchu binti Haji Abdullah.

 

 Turut hadir pada majlis tersebut, Penolong Pengarah Urusan serta para pegawai dan kakitangan YSHHB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Partially Lifts Ban On Japanese Seafood Imports

 2025-07-01 01:54:30

The Global Environmental Award Hit By Accusations Of Greenwashing

 2025-07-01 02:16:56