FacebookInstagramTwitterContact

 

Walking After A Meal Can Help Prevent Diabetes, Experts Say           >>           Mercedes-EQ's Stoffel Vandoorne Wins Formula E World Championship           >>           Apple Reportedly Tried To Partner With Facebook To Get A Cut Of Its Revenue           >>           SpaceX's Reusable Falcon Heavy Rocket Can Now Carry US Spy Satellites Into Orbit           >>           FTC Kicks Off Efforts To Regulate Data Security And Surveillance Tech           >>           Sugar Futures Close Lower           >>           India’s 75th Anniversary Celebrated In Vientiane           >>           Vietnamese Students Claim Four Medals At Int’l Informatics Olympiad           >>           Woman Returning From Dubai Is 5th Monkeypox Case           >>           Over 70 Civilians Trapped By Myanmar Junta Airstrikes On Sagaing Village           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:47AM

Subuh

: 04:57AM

Syuruk

: 06:16AM

Doha

: 06:39AM

Zohor

: 12:26PM

Asar

: 03:42PM

Maghrib

: 06:33PM

Isyak

: 07:45PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kerjasama Pertahanan Terus Diperkembangkan


 


 August 6th, 2022  |  11:20 AM  |   211 views

REPUBLIK SINGAPURA

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Changi Naval Base, Republic of Singapore Navy.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Singapore Maritime Crisis Centre (SMCC) dijunjung oleh Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan dan Tenaga Manusia, Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad; Chief of Navy, Rear Admiral Aaron Beng; dan Commander Maritime Security Taskforce, Rear Admiral Yong Wei Hsiung.

 

DYTM kemudiannya disembahkan taklimat mengenai Whole of Government Maritime Security Concept dan Singapore's Strategy for safeguarding Maritime Security' yang antara lainnya menerangkan mengenai kepentingan untuk mengenal pasti ancaman lebih awal, dengan memberi perhatian kepada perkongsian maklumat serta menyelaras antara agensi dengan lebih rapat.

 

DYTM seterusnya berangkat menaiki kapal RSS Sovereignty Littoral Mission Vessel (LMV), di mana DYTM dijunjung oleh Commander of the Second Flotilla, Senior Lieutenant Colonel Ricky Low.

 

Kapal tersebut adalah sebuah aset Republic of Singapore Navy yang direka khas untuk menepati keperluan operasi serta menggunakan teknologi terkini yang dapat menjadikan sistem operasi keseluruhan lebih cekap.

 

Semasa di RSS Sovereignty LMV, DYTM disembahkan taklimat mengenai latar belakang kapal berkenaan dan Singapore's Maritime Security (MARSEC) area of operations.

 

Ini diikuti dengan lawatan ke beberapa bahagian di kapal berkenaan seperti Integrated Command Centre serta menyaksikan demonstrasi operasi pencegahan secara Whole of Government Approach dengan melibatkan Police Coast Guard (PCG), Singapore Civil Defence Force (SCDF), Maritime and Port Authority of Singapore (MPA) dan Republic of Singapore Navy (RSN).

 

Sebelum mengakhiri lawatan, DYTM disembahkenalkan kepada tiga orang pegawai daripada agensi keselamatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam yang merupakan sebahagian daripada 201 International Liaison Officers daripada 26 buah negara yang menjalani penempatan kerja di Information Fusion Centre.

 

Di pusat tersebut, para pegawai berpeluang untuk mempelajari amalan terbaik daripada agensi keselamatan Republik Singapura dan seterusnya dapat diguna pakai di negara masing-masing pada masa akan datang.

 

Lawatan berkenaan juga bertujuan untuk memperkembangkan lagi kerjasama pertahanan serta berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang maritim dan keselamatan serantau.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


MoE To Announce Actual Post-SPM, Dropout Data

 2022-08-15 16:20:31

Bangladesh Fuel Prices: 'I Might Start Begging In The Street'

 2022-08-15 11:50:29

Thai Economy Grows Slower Than Estimated Amid Inflation Risk

 2022-08-15 12:53:16