Home > Sports
Skuad B-16 NBD Tamatkan Cabaran
TURUT beraksi pada perlawanan tersebut ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
August 8th, 2022 | 08:55 AM | 1324 views
INDONESIA
Skuad Negara Brunei Darussalam (NBD) Bawah 16 Tahun (B-16) meneruskan lagi cabaran menentang Laos di Stadium Sultan Agung Bantul, Indonesia pada Kejohanan Bola Sepak B-16 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).
Pada perlawanan tersebut, Laos berjaya menundukkan skuad B-16 NBD dengan jaringan 10 - 0.
Pada perlawanan tersebut, turut beraksi ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
Jaringan pertama Laos hadir pada minit ke-10 melalui Thanousack Nanthavongdouangsy. Beliau juga turut menambah jumlah jaringan buat Laos pada minit ke-29, ke-67 dan ke-37.
Manakala rakan sepasukannya, Sayfon Keohanam tidak ketinggalan untuk turut sama menyumbang jaringan pada minit ke-26 melalui sepakan penalti, minit ke-36, ke-53 dan ke-57.
Sementara Xayxana Sihalath pula terus mengasak gawang pasukan negara pada minit ke-68 dan ke-87 menjadikan kiraan Laos, 10 dan NBD, 0 hingga tamat permainan.
Skuad B-16 NBD yang ditempatkan dalam Kumpulan B berada di kedudukan keempat dan tidak memperoleh sebarang mata pada kejohanan tersebut namun ia adalah salah satu pendedahan yang berguna buat pemain muda negara bagi menimba pengalaman terutama dalam kejohanan serantau.
Sementara itu, perlawanan akhir bagi merebut gelaran juara bagi Kejohanan Bola Sepak B-16 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) akan dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 12 Ogos 2022 bertempat di Stadium Maguwoharjo Sleman, Indonesia.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]