FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Keadaan Cuaca Uji Ketahanan Mental, Fokus Atlet


ANTARA aksi Skuad Boling Padang dalam Kategori Women's Pairs bertemu pasukan Wales.

 


 August 8th, 2022  |  09:57 AM  |   1482 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sukan Komanwel Ke-22 yang berlangsung di Birmingham, England menguji kemampuan sebenar pasukan negara dalam acara boling padang, tambahan lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu serta angin kuat menyumbang sedikit faktor dalam menguji ketahanan mental dan fokus para atlet.

 

Pada keseluruhannya, prestasi yang ditunjukkan masih mencabar, berbanding dengan pasukan negara lawan yang sememangnya kuat dan ternama serta konsisten dengan perlawanan mereka.

 

Skuad Boling Padang dalam Kategori Women's Pairs, yang diwakili oleh pasangan Dayang Esmawandy binti Haji Brahim dan Dayang Norafizah binti Matossen beraksi cemerlang apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Canada dengan mata 12 - 15 dalam perlawanan kedua, yang diadakan pada 4 Ogos yang lalu.

 

Kedua-dua pemain menunjukkan semangat yang tinggi sehingga memberikan tekanan kepada pihak lawan, seterusnya begitu rapi dalam membuat strategi, seperti mengadakan 'trial caddy'.

 

Kedua-dua pemain memiliki komunikasi berkesan, Drawer yang baik serta bermain dengan baik dan konsisten sepanjang perlawanan mereka.

 

Walau bagaimanapun mereka tewas dalam perlawanan menentang Wales, di pusingan ketiga perlawanan dengan kutipan mata 27 - 8 disebabkan Placement awal daripada Dayang Norafizah yang tidak dapat memberikan cabaran yang lebih baik, namun apabila strategi diaturkan semula dengan baik ia sudah terlalu akhir untuk mengejar mata bagi setiap Ends.

 

Dayang Norafizah juga masih mempunyai sedikit kesulitan dalam memahami cuaca angin yang tidak menentu semasa dalam perlawanan, sementara Dayang Esmawandy sebagai pemain yang berpengalaman mampu bermain secara konsisten dalam Drawer di sepanjang perlawanannya

 

Terdahulu pasangan gandingan itu juga tewas pada pusingan awal perlawanan, yang diadakan pada 3 Ogos menentang pasukan Australia, yang berkesudahan 24 - 14.

 

Manakala dalam Kategori Men's Four, skuad negara diwakili oleh Awang Mohd. Bahren bin Abdul Rahman; Awang Mohd. Hazmi bin Haji Idris; Awang Haji Osman bin Haji Yahya; dan Awang Haji Amli bin Haji Gapar.

 

Dalam kategori ini, skuad negara gagal beraksi cemerlang, pada ketiga-tiga pusingan perlawanan yang diadakan pada 3 - 4 Ogos lalu apabila pada pusingan pertama, pasukan negara tewas pada perlawanan menentang skuad Malaysia dengan mata 21 - 8.

 

Menurut jurulatih, kaedah teknik Target dan Drawer perlu dipertingkatkan lagi memandangkan pada perlawanan pertama itu, First Thrower (Lead) belum konsisten dan menyukarkan bagi Second dan Third Thrower membuat Placement, seterusnya sehinggakan Skipper sukar untuk memberikan keputusan strategi bagi merapatkan ke Jack atau dilarikan dari pihak lawan.

 

Pada perlawanan kedua bertemu Wales dan Nortfolk Island, sekali lagi First Thrower (Lead) belum konsisten dan menyukarkan bagi Second dan Third Thrower untuk membuat Placement, seterusnya sehingga menyebabkan kekalahan kepada pasukan negara dalam perlawanan menentang Wales yang berkesudahan 28 - 2 dan Norfolk Island 17 - 4.

 

Kebanyakan bola Short dan tidak mampu mendekatkan ke tempat Check dan tidak dapat masuk ke dalam sasaran Jack.

 

Kekuatan pasukan lawan, terutamanya Norfolk Island yang mengatur strategi Placement bola lebih awal daripada pasukan negara.

 

Skuad negara juga mengambil masa agak lama untuk mengadaptasi strategi pihak lawan semasa perlawanan dan jurang Points sudah terlalu jauh untuk dicabar bagi merapatkan jurang tersebut.

 

Namun, alhamdulillahlah dengan semangat secara satu pasukan, penyesuaian dalam 'reading-game' pasukan lawan dan keadaan cuaca yang baik dan tidak hujan turut memberikan 'advantage' untuk bermain dengan baik serta dapat memberikan sedikit saingan dengan kemenangan mata dalam beberapa Ends.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54