Home > In The Court
Gagal Bayar Denda : Dipenjara 16 Bulan
August 11th, 2022 | 10:20 AM | 1095 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Gagal bayar denda BND56,500, seorang lelaki warga Bangladesh mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 16 bulan penjara, bermula kelmarin.
Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman tersebut di Mahkamah Majistret, di ibu negara.
Tertuduh, Md. Asadul, berusia 32 tahun, didakwa atas satu pertuduhan, di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006, kerana memiliki 58 karton rokok dan satu paket rokok serta wang tunai berjumlah BND250.
Md. Asadul ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, di sebuah rumah pekerja di Kawasan Tapak Pembinaan Kampung Beribi, pada 3 Ogos 2022, jam 5.55 petang.
Semua barang yang terlibat, iaitu rokok dihukum rampas untuk dimusnahkan, manakala wang tunai berjumlah BND250 dihukum rampas untuk diserahkan ke kerajaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]