FacebookInstagramTwitterContact

 

China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>           STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>           Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Pembekalan Beras Konsisten, Berkualiti


 


 August 11th, 2022  |  10:34 AM  |   403 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan Majlis Penandatanganan Kontrak Perjanjian bagi projek 'Design, Supply, Install, Testing And Commissioning of New Rice Mill, Paddy Dryer and Storage for Wasan Rice Processing Complex, Brunei' dengan sebuah syarikat swasta, iaitu Syarikat Beaver Engineering Sdn. Bhd. di Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Lapangan Terbang Lama Berakas.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis tersebut, Setiausaha Tetap KSSUP, Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab.

 

Semasa Majlis Penandatanganan tersebut, kontrak perjanjian ditandatangani oleh Pemangku Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Hajah Masliana Yuliah binti Abdullah dan Syarikat Beaver Engineering Sdn. Bhd. ditandatangani oleh Pengiran Datin Hajah Juliana Binti Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar selaku Pengerusi Syarikat.

 

Turut hadir bagi menyaksikan Majlis Penandatanganan tersebut, Pemangku Timbalan Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Awang Abuzar bin Haji Mohd. Tahir dan Timbalan Pengarah Urusan Syarikat Beaver Engineering Sdn. Bhd., Dayang Virginia Shim.

 

Perjanjian projek bagi mereka bentuk, membekal dan memasang 'rice mill', 'paddy dryer' dan 'storage tanks' ditawarkan secara terbuka melalui proses tawaran pada Mei 2022.

 

Antara matlamat utama perjanjian pembekalan tersebut adalah bagi menaik taraf perkhidmatan pengisaran padi melalui peningkatan kapasiti pengisaran, penambahan mesin pengeringan padi dan fasiliti penyimpanan padi yang efisien, di samping memastikan dan menjamin pembekalan beras yang konsisten dan berkualiti.

 

Mulai 1 Ogos 2022 lalu, Operasi Kilang Pemprosesan Padi dan Beras, terletak di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Wasan, Mukim Pengkalan Batu, yang sebelum ini dikendalikan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, telah diambil alih oleh Syarikat Wasan Milling Company (WMC) Sendirian Berhad, iaitu sebuah entiti korporat baharu yang dimiliki penuh oleh Darussalam Assets Sendirian Berhad sebagai satu inisiatif pengkorporatan perkhidmatan kerajaan yang dipandu oleh KSSUP, dengan kerjasama Darussalam Assets Sendirian Berhad.

 

Dalam Fasa Peralihan pengkorporatan tersebut, projek bagi mereka bentuk, membekal dan memasang 'rice mill', 'paddy dryer' dan 'storage tanks' ini adalah sebagai salah satu usaha pihak kerajaan untuk menaik taraf fasiliti dengan penggunaan mesin pengisaran padi teknologi terkini bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran serta menjurus kepada penghasilan produk beras yang lebih berkualiti, di samping untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran beras bagi menampung keperluan negara yang semakin meningkat ke arah mendukung agenda sekuriti makanan negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54