FacebookInstagramTwitterContact

 

Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>           Study: Betalains In Beets Can Help Reduce Fatigue And Boost Athletic Performance           >>           6 Tasty And Simple Ways To Add More Plant-Based Protein To Your Diet           >>           Fisherman Discovers Mysterious Deep Ocean 'Alien From The Depths' With Strange Tentacles           >>           I Never Force My Son To Say Please And Thank You – He Shouldn’t Have To Beg           >>           Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging           >>           China Economy Grows Faster Than Expected In First Quarter           >>           Unemployment Jumps As UK Jobs Market Stalls           >>           Scotland's Unemployment Rate Down Over Winter           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


4 Mualaf Juara Musabaqah Murattal Al-Quran, Menghafaz Ayat-Ayat Lazim


YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada para pemenang.

 


 August 11th, 2022  |  10:41 AM  |   229 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Awang Muhammad Saiful Dafi bin Muhammad Suhaimi @ Suanddy bin Suhaimi dan Dayang Hajah Norainie binti Abdullah @ Kantat anak Sagai masing-masing muncul johan bagi Kategori Murattal Al-Quran pada Musabaqah Murattal Al-Quran dan Menghafaz Ayat-ayat Lazim berserta Pemahamannya bagi Mualaf Senegara sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 yang berlangsung di Dewan Persidangan, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kampung Pulaie.

 

Johan membawa pulang piala pusingan sumbangan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; wang tunai sebanyak BND1,000; Akaun Tekad Haji sebanyak BND500 sumbangan dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB); dan sijil penghargaan.

 

Naib johan bagi Kategori Murattal Al-Quran disandang oleh Awang Abdul Hadi Nasrullah bin Muhammad Ashraf @ Eddy Asrul bin Asut dan Dayang Siti Nur Afiqah binti Muhammad Asnawi @ Bong Yick Mei.

 

Manakala, tempat ketiga ialah Awang Muhammad Nur Aisamuddin bin Muhammad Hanafi @ Dines anak Uset dan Dayang Nurhazimah binti Abdullah Luas @ Nurhazimah binti Luas.

 

Majlis penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada para pemenang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Bagi Kategori Menghafaz Ayat-ayat Lazim berserta Pemahamannya, johan masing-masing disandang oleh Awang Haji Muhammad Nabil Hakim bin Haji Muhammad Nabil Hafizzuddin @ Alexson anak Ampeling dan Dayang Siti Nur Syahirah binti Muhd Asnawi @ Bong Yick Hwan @ Vanessa Anne Bong.

 

Naib johan pula ialah Awang Muhammad Dzulkarnain Hamzah bin Abdullah Tingub @ Sumardy anak Tingub, dan Dayang Nur Iffah Syazwanah binti Abdul Rahman.

 

Sementara, tempat ketiga disandang oleh Awang Muhd Irfan Hamizan bin Abdul Rahim @ Arilwatan anak Tawan dan Dayang Nur Raihana binti Muhammad Hanafi @ Nurahiza anak Uset.

 

Keputusan pertandingan diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim, Awang Haji Badaruddin bin Haji Basar.

 

Seramai 16  peserta bertanding terdiri daripada empat orang peserta lelaki dan empat orang peserta perempuan bagi Kategori Murattal Al-Quran.

 

Manakala, empat orang peserta lelaki dan empat orang peserta perempuan bagi Kategori Menghafaz Ayat-ayat Lazim berserta Pemahamannya.

 

Musabaqah tersebut merupakan salah satu acara yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf), PDI.

 

Turut Hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan Setiausaha Tetap.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50