FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Skuad B-16 Selamat Tiba Ke Tanah Air


SKUAD Negara Brunei Darussalam (NBD) Bawah 16 Tahun (B-16) selamat tiba ke NBD selepas berada di Yogyakarta, Indonesia bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak B-16 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF). Turut menyertai kejohanan tersebut, cucunda Kebawah Duli Y

 


 August 11th, 2022  |  10:52 AM  |   247 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Skuad Negara Brunei Darussalam (NBD) Bawah 16 Tahun (B-16) selamat tiba ke NBD selepas berada di Yogyakarta, Indonesia bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak B-16 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

 

Turut menyertai kejohanan tersebut, cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

 

Hadir menyambut ketibaan pasukan NBD di Ruang Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD), Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan; Setiausaha Agung FABD, Mohammad Shahnon bin Mohd. Salleh; serta Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD.

 

Pasukan negara telah menyertai dua perlawanan dan semasa menentang skuad B-16 Thailand, skuad negara tewas dengan jaringan 5 – 0. Dalam perlawanan lain, skuad B-16 negara tewas di tangan Timor-Leste dengan jaringan 0 - 10.

 

Ketua Jurulatih, Admirul Arbi ketika ditemui menjelaskan, setelah dikira melalui 'timeframe', mereka hanya ada persiapan selama 20 jam sahaja sebelum perlawanan dan dalam tempoh tersebut mereka tidak dapat banyak membuat persediaan.

 

Perlawanan awal semasa menentang pasukan Thailand, Admirul Arbi merasa bersyukur kerana pasukan dapat bertahan untuk merapatkan jurang agar tidak banyak dibolosi.

 

"Permainan yang terbaik yang dapat dilihat ialah semasa pasukan negara menentang pasukan Laos, walaupun tidak ada peluang bagi pasukan negara," ujarnya.

 

 Jelasnya lagi, mereka akan berusaha dan bekerja keras untuk memperbaiki permainan bagi Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 17 Tahun (U17) nanti.

 

Persiapan bagi Kejohanan AFC U17 selama lima minggu terangnya masih tidak mencukupi, namun pasukan negara merancang untuk terus memperbaiki dari segi 'fitness and endurance' serta 'defending'.

 

"Kejohanan AFF merupakan platform yang sangat berguna untuk semua pemain menimba pengalaman dan sudah tentu menjadikan pengalaman ini untuk beraksi pada Kejohanan AFC nanti," ujarnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19