FacebookInstagramTwitterContact

 

Results of Closed Tender for Vehicle Registration Number           >>           Earn Income through Content Creation           >>           Hari Raya Must-Haves and Favourite Food           >>           Decorative Lights add Cheer to Hari Raya Celebration           >>           Disposal Service for Books & Papers containing Quranic Verse           >>           Business resume operations           >>           Back to Work after Hari Raya Holiday           >>           Handover of Brunei Green Economy Framework Report           >>           Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2 Suspek Penyeludupan Berjaya Diberkas


 


 August 12th, 2022  |  10:12 AM  |   370 views

TEMBURONG

 

Unit Operasi Khas (UOK), Pasukan Simpanan Polis 'C' Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berjaya menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan.

 

Keduanya ditangkap dalam serbuan yang dijalankan pada hari ini sekitar awal pagi bertempat di kawasan Penurunan Perahu Kampung Menengah, Daerah Temburong.

 

Terdahulu, semasa pemantauan dijalankan mendapati tiga individu (suspek) sedang asyik memunggah bungkusan kotak yang mencurigakan dari sebuah perahu untuk dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan.

 

Sejurus pihak polis membuat serbuan, ketiga-tiga suspek lalu melarikan diri masuk ke dalam sungai. Walau bagaimanapun, dua daripada suspek telah berjaya diberkas manakala seorang lagi masih dalam pencarian.

 

Pemeriksaan kemudian dijalankan dan mendapati bungkusan-bungkusan tersebut adalah merupakan barangan tegahan berupa minuman keras berjumlah 204 botol dan 96 tin pelbagai jenama yang cuba diseludup masuk ke dalam negara ini.

 

Kedua-dua suspek adalah lelaki, warganegara tempatan dan juga asing berumur 24 dan 26 tahun.

 

Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bangar dan kemudiannya diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.

 

PPDB amat memandang serius akan pelbagai kegiatan penyeludupan ini dan akan sentiasa terus membuat pemantauan serta menjalankan pelbagai operasi bagi membanteras kegiatan sedemikian.

 

Pihak polis juga ingin menyarankan kepada orang ramai agar dapat bekerjasama dan memberikan apa juga jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan PPDB 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan serta boleh disalurkan melalui e-mel ke laman sesawang PPDB melalui 'www.police.gov.bn' ataupun Instagram '@upa.ppdb'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50