FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Khatam Sempena Awal Tahun 1444 Hijrah


 


 August 15th, 2022  |  09:25 AM  |   195 views

RIMBA

 

Kedatangan Awal Tahun 1444 Hijrah terus disambut oleh pelbagai peringkat di Negara Brunei Darussalam dengan rasa syukur atas limpahan rahmat yang telah dinikmati sehingga ke hari ini.

 

Sehubungan itu, Kumpulan Nur Rahmah tidak ketinggalan dalam sama-sama menyamarakkan lagi kedatangan Awal Tahun 1444 Hijrah dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sebagai tanda kesyukuran selepas melengkapkan bacaan 30 juzuk.

 

Kumpulan Nur Rahmah merupakan Halaqah 5 dan buat julung kalinya akan menyertai Majlis Khatam Al-Quran 76 Kali Khatam anjuran Pertubuhan WARGAMAS sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-76.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim yang diketuai oleh Awang Haji Mohamed Sayfun bin Haji Shahif yang juga membaca Tahtim dan Doa Khatam.

 

Majlis turut diserikan dengan Dikir Maharban oleh peserta-peserta khatam dan diselajurkan dengan majlis meraikan Ahli-ahli Kumpulan Nur Rahmah yang baru pulang dari menunaikan fardu haji pada tahun ini.

 

Seterusnya, bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa Memohon Perlindungan Daripada Wabak COVID-19 oleh Haji Mohamed Sayfun.

 

Penganjur majlis, Awang Haji Abd. Jamal bin Haji Abd. Rahman menzahirkan rasa gembira atas kerjasama semua ahlinya dalam mengendalikan majlis berkenaan sebagai tanda kesyukuran di samping mengeratkan hubungan mesra dan kekeluargaan antara ahli-ahlinya.

 

"Majlis yang penuh berkat ini, sudah tentu dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan semua ahli tadarus yang sebelum ini mengadakan tadarus secara maya.

 

"Peluang bersemuka pada majlis ini adalah rahmat kurnia Allah Subhanahu Wata'ala untuk semua ahli yang mengadakan majlis khatam secara bersemuka," jelasnya pada majlis yang berlangsung di kediaman beliau di Rimba Hill, Perumahan Kampung Rimba.

 

Beliau berharap agar semua ahlinya akan terus istoqamah untuk terus mempelajari, membaca dan mengikuti ajaran-ajaran Al-Quran sebagai pembimbing dan penyuluh dalam kehidupan yang lengkap.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16