FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mohammad Ayob Johan Pertandingan Azan


 


 August 15th, 2022  |  09:44 AM  |   445 views

BERAKAS

 

Awang Mohammad Ayob bin Ali muncul johan pada Pertandingan Azan Bagi Pelapis-pelapis dan Merbut Senegara bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-76 Tahun yang berlangsung di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, di sini.

 

Manakala, naib johan disandang oleh Awang Abdul Qawiyyel Azeez bin Haji Abdul Rajid, sementara Awang Muhammad Hakim bin Md. Amin di tempat ketiga.

 

Hadir dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan Pertandingan Azan Bagi Pelapis-pelapis dan Merbut Senegara.

 

Acara diteruskan lagi dengan pengumuman keputusan pertandingan yang disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, Awang Md. Suhnoromardi bin Haji Suhaimi, diikuti dengan persembahan Azan oleh johan pertandingan.

 

Seterusnya penyampaian hadiah dan sijil kepada johan, naib johan, tempat ketiga dan para peserta lain serta hakim-hakim pertandingan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dikepalai oleh Imam Masjid Mohamed Bolkiah Kampung Serusop, Awang Haji Jofri bin Haji Abidin.

 

Majlis seumpama tersebut merupakan salah satu aktiviti keugamaan bermusim untuk memeriahkan lagi sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-76 Tahun pada tahun ini.

 

Juga hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri; Pemangku Ketua Kampung Serusop dan Kampung Delima Satu, Pengiran Roslan bin Pengiran Tuah; Pemangku Ketua Kampung Pancha Delima dan Kampung Orang Kaya Besar Imas, Awang Haji Zulkifli bin Haji Awang Ya'akub; serta para Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid serta Muslimah Masjid.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19