FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bermunajat Dekatkan Diri Kepada Allah


 


 August 15th, 2022  |  09:50 AM  |   316 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) diteruskan lagi pada minggu ini bagi kali ke-48 dan diungkayahkan dengan kerjasama Kementerian Pertahanan.

 

Acara pada malam tadi menyaksikan penyertaan daripada warga kerja kedua-dua buah kementerian tersebut berserta keluarga masing-masing dan juga disertai beramai-ramai oleh para jemaah daripada 85 buah yang meliputi masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

 

Juga turut menyemarakkan Malam Munajat secara maya pada malam tadi ialah penyertaan daripada 11 buah surau dan masjid di bawah kawalan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), iaitu Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison; Surau Al-Faizun, Berakas Garison; Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB); Surau Al-Barakah, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB); Surau Pengiran Ratna Indera (PRI), Perkhemahan Tutong; Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut; Surau Al-Quwwah, Perkhemahan Bangar; Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison; Surau Asy-Syuja'ah, Regimen Pasukan Khas; Surau Asy-Syuhada', Akademi Pertahanan ABDB; dan Masjid Pulau Baru-Baru.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Setiausaha Tetap (Pembangunan, Pemeliharaan dan Teknologi), Kementerian Pertahanan, Kolonel (Bersara) Haji Mohammad Norfahssin bin Haji Abdul Karim, dari Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan.

 

Ini diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Pemangku Timbalan Ra'es, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha, dari Masjid Kampung Bang Dalam, Daerah Tutong.

 

Acara diteruskan dengan bacaan Doa Munajat oleh Pemangku Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Mohammaddin bin Pengiran Haji Aliakbar, bersama para pegawai dari Mahkamah-mahkamah Syariah dari Tingkat 2, Mushalla Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-mahkamah Syariah.

 

Acara diserikan lagi dengan tazkirah bertajuk 'Konsep Negara Aman Di Dalam Al-Quran Satu Iktibar' disampaikan oleh Pemangku Pegawai Ugama, Kementerian Pertahanan, Pengiran Ahmad Hasanuddin bin Pengiran Haji Tejudin, dari Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan.

 

Sejurus itu, bacaan Zikir Taubat dipimpin oleh Pegawai Turus Gerakan Agama, Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), Kementerian Pertahanan, Mejar Abd. Mujib bin Haji Japar, bersama para pegawai dan anggota Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), Kementerian Pertahanan dari Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan.

 

Acara diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam (NBD) oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Pengiran Muda `Abdul Malik, Kampung Tungku Katok, Awang Morni bin Haji Nayan.

 

Bersama menyerikan Malam Munajat tersebut, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; dan Timbalan Setiausaha Tetap, KHEU, Awang Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

 

Bermunajat adalah cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh itu, Malam Munajat yang diadakan pada setiap minggu sangat mengalu-alukan penyertaan daripada orang ramai untuk bersama-sama memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala dengan bermunajat, beristighfar, membaca Surah Yaa Siin, berzikir serta merafakkan doa secara serentak beramai-ramai dengan niat agar rakyat dan NBD sentiasa terselamat daripada segala bala bencana dan penyakit merbahaya termasuk COVID-19.

 

Orang ramai boleh menyertai Malam Munajat dari mana juga berada pada setiap Sabtu, malam Ahad dengan melayari pautan 'http://tiny.cc/munajatkheu' atau mengikuti secara langsung melalui Instagram Pusat Da'wah Islamiah di '@pdi_kheu'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19