FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kempen 'BN On The Move' Dilancarkan


 


 August 15th, 2022  |  09:52 AM  |   560 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 12,000 pendaftaran diterima dalam masa tiga hari bagi '1 Billion Steps, Together' dan 'BN On The Move', iaitu pelan pengurusan kesihatan di BruHealth yang disiarkan secara langsung pada Isnin lepas, 8 Ogos 2022.

 

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama EVYD Teknologi pagi tadi telah melancarkan kempen 'BN On The Move' yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara, di sini.

 

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar bersama  Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Terdahulu, kempen tersebut dimulakan dengan sesi pemanasan badan, diikuti dengan pelancaran 'BN On The Move', iaitu walkaton sejauh enam kilometer yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

 

Kempen selama tiga bulan itu bertujuan untuk mengajak rakyat dan penduduk di negara ini untuk keluar dan secara kolektif mencatat sekurang-kurangnya satu bilion langkah dan bersama-sama untuk menjadi lebih sihat.

 

Ini merupakan aktiviti pertama antara Kementerian Kesihatan dengan EVYD Teknologi yang dirancang ke arah menuju Wawasan Brunei 2035, dengan visi negara adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat kepada rakyatnya, yang menyumbang kepada kualiti kehidupan yang tinggi.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan dalam Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan pula menyatakan bahawa pelancaran tersebut adalah salah satu ciri-ciri pengurusan kesihatan dalam aplikasi BruHealth, 'BN On The Move' yang diharapkan dapat menggalakkan orang ramai untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dengan bersenam atau menjalankan aktiviti bersama-sama.

 

"Penjejak aktiviti menyediakan data yang membolehkan individu itu menyedari tahap aktiviti fizikal mereka, berusaha ke arah matlamat dan memantau kemajuan itu. Kajian telah menunjukkan bahawa berjalan dan aktiviti fizikal boleh menyebabkan kehilangan berat badan, meningkatkan toleransi glukosa, dan mengurangkan tekanan darah.

 

"Sebagai sebahagian daripada pelan Kementerian Kesihatan untuk membangunkan lagi aplikasi BruHealth menjadi aplikasi Kesihatan Digital yang boleh menyesuaikan pelan kesihatan secara peribadi khusus bagi setiap individu, Kementerian Kesihatan dan EVYD Teknologi telah membentangkan pelan untuk dilancarkan dalam melaksanakan penambahbaikan secara berperingkat kepada BruHealth juga untuk memastikan orang ramai mendapat manfaat menggunakannya dan memperibadikan BruHealth untuk pelan pengurusan kesihatan individu," tambah Yang Berhormat.

 

Ketua Pegawai Eksekutif EVYD Technologi, Chua Ming Jie berkata EVYD berbesar hati bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melancarkan '1 Billion Steps, Together', untuk mengajak rakyat dan penduduk Brunei bersama-sama keluar dengan lebih cergas dan sihat. Ini adalah sebahagian daripada komitmen EVYD untuk meningkatkan kesihatan orang ramai di peringkat negara, komuniti dan individu, dan membina kerja EVYD dengan kementerian dalam mengoptimumkan sektor penjagaan kesihatan di Brunei.

 

"Kami gembira dapat membantu kementerian membangunkan platform pengurusan wabak COVID-19 dengan BruHealth, dan kini bekerjasama dengan mereka untuk merangkumi pengurusan kesihatan penduduk dan individu dengan evolusinya menjadi aplikasi kesihatan negara.

 

"Pelancaran 1 Billion Steps, Together pada hari ini hanyalah inisiatif bersama terbaharu kami untuk meningkatkan kesihatan rakyat Brunei. Kami menantikan lebih banyak inisiatif pada pelancaran masa hadapan untuk memberikan mereka hasil kesihatan terbaik," ujar Chua Ming Jie .

 

Kempen diserikan dengan pameran dari Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Early Birds Redemption, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), Kementerian Kesihatan, Datastream Digital Sdn. Bhd. (DST), Progresif Sdn. Bhd. dan Imagine Sdn. Bhd.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17