FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Hubungan Unik, Istimewa Brunei - Republik Singapura Dikukuhkan, Dipererat


 


 August 25th, 2022  |  12:29 PM  |   326 views

REPUBLIK SINGAPURA

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan menghadiri Majlis Santap Negara, yang dihoskan oleh Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob, di Istana, Republik Singapura.

 

 Semasa Majlis Santap Negara ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah, di mana baginda mengesahkan semula persahabatan rapat di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, serta mengambil maklum mengenai kerjasama yang meluas dan kian berkembang di antara kedua-dua buah negara.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga memperakui betapa pentingnya bagi Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura sebagai dua negara yang sederhana di rantau Asia Tenggara untuk terus bekerjasama rapat ke arah kemakmuran serta kedayatahanan yang berterusan.

 

Penandatanganan empat Memorandum Persefahaman semasa Keberangkatan Negara ini dialu-alukan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, dalam menyumbang pada ketersediaan masa depan kedua-dua buah negara berkenaan.

 

 Dalam pada itu, baginda menzahirkan penghargaan kepada Republik Singapura atas peranannya sebagai rakan serantau dan sahabat serta sokongan berterusan negara tersebut kepada Negara Brunei Darussalam.

 

Pada mengakhiri titah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyatakan harapan untuk mengukuhkan lagi hubungan unik dan istimewa di antara kedua-dua buah negara.

 

Baginda juga menzahirkan sokongan kepada Presiden, Rakyat dan Kerajaan Singapura untuk kemajuan serta kemakmuran yang berterusan, terutamanya sempena Hari Kebangsaan Ke-57 negara tersebut, yang disambut pada 9 Ogos 2022.

 

Terdahulu sebelum itu, Puan Yang Terutama Presiden Republik Singapura menyampaikan ucapan dengan mengimbas kembali Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia buat pertama kali ke Republik Singapura pada tahun 1990 dan menyatakan, bahawa Keberangkatan Negara Baginda adalah tanda tertinggi pertukaran di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

 

 Puan Yang Terutama juga mengimbau keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri semasa Program Pemimpin Muda Ke-8 lalu.

 

Pertukaran sebegini bertujuan untuk mempereratkan lagi hubungan dua hala di antara kedua-dua pihak serta meneroka kerjasama baharu.

 

 Puan Yang Terutama menegaskan, bahawa hubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura disokong oleh kerjasama terjalin sekian lama dalam Bidang Pertahanan serta Bidang Ekonomi, termasuk Perjanjian Kebolehtukaran Mata Wang yang kekal sebagai simbol saling mempercayai dan saling kebergantungan.

 

Puan Yang Terutama merakamkan penghargaan kepada Negara Brunei Darussalam atas Pengerusian ASEAN pada tahun 2021 ke arah membina rantau yang lebih berdaya tahan, mengetengahkan rakyat, inklusif dan maju hadapan, terutamanya semasa pandemik COVID-19.

 

Selain itu, Puan Yang Terutama menggariskan hubungan istimewa di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, seperti kerjasama erat dalam berbagai bidang, termasuk vaksinasi, rantaian bekalan dan kesalinghubungan di antara kedua-dua negara semasa pandemik.

 

 Sebelum berangkat meninggalkan Istana, Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahkan dengan ucapan selamat berangkat oleh Puan Yang Terutama Presiden Republik Singapura.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19