FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dihukum 9 Bulan Penjara Atas 3 Pertuduhan


 


 September 17th, 2022  |  13:19 PM  |   691 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman sembilan bulan penjara atas tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret di ibu negara, di sini.

 

 Waliuddin bin Hassan (defendan), berusia 37 tahun, mengaku bersalah kerana didapati melakukan pencerobohan di dua buah tempat berasingan dan bertindak mencederakan seorang atendan stesen minyak yang berumur 19 tahun.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pada 28 Ogos 2022, seorang plaintif berumur 71 tahun, (plaintif pertama) yang tinggal di kawasan Kilanas ada terdengar bunyi yang kuat kira-kira selama sejam dari rumah sebelah mereka di mana rumah tersebut tidak berpenghuni bahkan plaintif pertama juga memberitahu seseorang telah membaling objek (laci) di kawasan perkarangan rumah berkenaan.

 

Disebabkan bimbang dan berasa terganggu, plaintif pertama telah membuat laporan polis dan turut memaklumkan kepada pemilik rumah yang tidak berpenghuni tersebut.

 

 Pada 3 September 2022, plaintif pertama menerima panggilan daripada seorang pekerja kedai yang berhampiran rumah yang tidak berpenghuni tersebut dan memaklumkan bahawa seorang lelaki yang tidak dikenali memasuki ke dalam perkarangan rumah tersebut.

 

 Setelah menerima panggilan tersebut, plaintif pertama memaklumkan kepada pihak polis serta pemilik rumah yang tidak berpenghuni tersebut, dan selepas itu pihak Unit Peronda Polis dihantar ke rumah tersebut.

 

 Semasa pihak polis memasuki rumah tersebut, mereka mendapati defendan berada di tangga rumah, dan terus menangkapnya. Dalam siasatan polis mendapati defendan telah keluar masuk rumah tersebut kira-kira 10 kali, iaitu antara 17 Ogos 2022 hingga 3 September 2022.

 

Defendan mengaku telah memasuki perkarangan rumah tersebut tanpa kebenaran dengan memanjat pintu pagar rumah tersebut. Defendan juga mengaku, dia telah melakukan pencerobohan rumah tersebut dengan niat untuk mengganggu. Malahan, mengetahui rumah tersebut bukan miliknya dan memasukinya dan tinggal di rumah tersebut, tanpa mendapat sebarang kebenaran.

 

Walaupun rumah tersebut kosong, perkarangan rumah tersebut berpagar dan bukan untuk orang ramai memasukinya. Pemilik rumah tersebut tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa untuk masuk atau tinggal di dalam rumah tersebut dan pintu pagar rumah tersebut sentiasa berkunci. Tindakan defendan itu juga telah menyebabkan pengadu pertama berasa bimbang dan terganggu.

 

 Manakala pada Ahad, 21 Ogos 2022 kira-kira jam 5.00 pagi, seorang lelaki berusia 63 tahun (plaintif kedua) mendapati sepasang selipar jenama 'Adidas' miliknya telah hilang di sekitar perkarangan rumahnya di Kampung Panchur Papan, Tutong.

 

 Setelah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah tersebut pada 20 Ogos 2022 kira-kira jam 10.00 pagi, plaintif kedua melihat, seorang lelaki yang tidak dikenali memasuki ke perkarangan rumahnya, dan seterusnya mengambil selipar jenama 'Adidas' miliknya. Selepas itu, plaintif kedua membuat laporan polis.

 

Apabila defendan ditahan pada 3 September 2022 akibat menceroboh rumah di Kilanas, polis menemui sepasang selipar jenama 'Adidas' dalam simpanannya. Selepas itu, polis merampas selipar tersebut daripada defendan.

 

Semasa dalam siasatan polis, defendan mengaku telah melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki perkarangan rumah yang berpagar tersebut tanpa kebenaran daripada plaintif kedua dan mencuri sepasang selipar jenama 'Adidas' dari perkarangan rumah tersebut pada pagi 20 Ogos 2022. Plaintif telah berjaya mengenal pasti sepasang selipar jenama 'Adidas' yang dilaporkan hilang.

 

 Sementara itu, pada 4 Jun 2022, seorang atendan stesen minyak Tutong (plaintif ketiga), berumur 19 tahun, memberitahu seorang lelaki tidak dikenali datang meminta rokok daripada plaintif ketiga dan rakan sekerjanya. Lelaki yang tidak dikenali itu kemudian berlalu pergi.

 

 Tidak lama kemudian, ketika plaintif ketiga sedang melayan pelanggan di stesen minyak tersebut, lelaki yang tidak dikenali tersebut datang semula untuk mendekati plaintif ketiga dan marah dengan berkata "Mengucapkah?", dan plaintif ketiga menjawab "Tidak".

 

Tiba-tiba lelaki yang tidak dikenali itu mencederakan  muka plaintif ketiga di sebelah kiri sebanyak tiga kali, menggunakan tangan kanannya. Selepas itu, lelaki yang tidak dikenali tersebut meninggalkan kawasan sekitar stesen minyak tersebut.

 

 Disebabkan berasa terkejut dan takut, plaintif ketiga kemudian pergi ke Balai Polis Tutong berhampiran untuk membuat laporan polis, dan selepas itu mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pada hari yang sama.

 

Pegawai Perubatan yang telah memeriksa plaintif ketiga mendapati mangsa mengalami bengkak dan lebam ringan di muka plaintif ketiga, dan mengesahkan kecederaan tersebut.

 

 Semasa dalam siasatan polis, defendan mengaku telah mencederakan muka mangsa berulang kali. Tindakan defendan turut dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak tersebut.

 

 Semasa siasatan pihak polis, defendan telah dikenal pasti oleh plaintif ketiga dan rakan sekerjanya sebagai lelaki yang tidak dikenali yang telah mencederakan mangsa pada 4 Jun 2022.

 

Pihak pendakwaan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa defendan berulang kali melakukan kesalahan berkaitan kecurian. Mahkamah berpendapat bahawa hukuman penjara yang lebih tinggi adalah wajar untuk menghalang defendan daripada melakukan kesalahan lain.

 

 

 Mahkamah juga menekankan bahawa mahkamah menganggap kesalahan ini sangat serius dan tidak bertolak ansur dengan sebarang tindakan keganasan.

 

Bagi kesalahan pencerobohan, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan kepada defendan, dan mengenakan denda sebanyak BND1,500 kerana menyebabkan kecederaan kepada atendan stesen minyak tersebut.

 

Bagaimanapun, kerana gagal membayar denda, defendan diperintahkan menjalani hukuman tambahan, iaitu penjara selama satu bulan.

 

Hukuman dijatuhkan di hadapan Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16