Home > In The Court
Padah Memiliki Barang Tegahan
September 18th, 2022 | 14:02 PM | 629 views
KUALA BELAIT
Mahkamah Majistret Kuala Belait hari ini menjatuhkan hukuman denda BND16,650.00 bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006 ke atas seorang lelaki warga tempatan.
Malah, jika gagal membayar denda tersebut, hukuman 16 bulan pemenjaraan dijatuhkan di mana tempoh bayaran denda adalah sehingga 30 Mac 2023.
Hukuman terhadap Shafwan Hafizul bin Abdullah Hindri, berumur 22 tahun, dijatuhkan oleh Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid.
Shafwan Hafizul didakwa atas kesalahan kerana memiliki 18 karton dan 29 paket rokok pelbagai jenis oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di sebuah rumah di kawasan Kampung Sengkarai, Tutong pada 2 Jun.
Semua barang-barang yang terlibat iaitu rokok dihukum rampas untuk diserahkan kerajaan bagi tujuan dimusnahkan
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]