Home > In The Court
Mengaku Bersalah Miliki Barang Tegahan
September 22nd, 2022 | 13:53 PM | 760 views
KUALA BELAIT
Seorang lelaki warganegara Malaysia, mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006, atas kesalahan memiliki barang tegahan.
Tertuduh, Kong Han Yuen, berumur 38 tahun, dijatuhkan hukuman denda BND97,000.00 di Mahkamah Majistret, Kuala Belait, di sini.
Walau bagaimanapun, tertuduh telah menjelaskan denda tersebut hari ini.
Kong Han Yuen didakwa atas kesalahan memiliki 199 (vape juice), 89 (MOD, E-Cigarettes), 94 (aksesori vape), wang tunai BND9,849.00 dan wang tunai SGD55.00 ketika ditangkap oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di sebuah rumah di kawasan Kilanas pada 29 Oktober 2021.
Semua barang-barang yang terlibat, iaitu 'vape juice', MOD, E-Cigarettes, aksesori 'vape', dihukum rampas dan diserahkan ke kerajaan bagi tujuan dimusnahkan, manakala wang tunai BND4,547.00, iaitu hasil penjualan 'vape' dihukum rampas.
Source:
courtesy of ENGADGET
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]