FacebookInstagramTwitterContact

 

People's Representatives Invite People To Traffic Orderly           >>           Grand State Maulidur Rasul Procession In Miri To Involve 7,600 Participants           >>           All Except Three Sabah Districts Record New Infections           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Attapeu Municipality Flooded           >>           Elon Musk Asked To Provide Satellite Internet For Myanmar Fight Against Junta           >>           PH Ranks 59th At GII 2022, Still Recognized As An ‘Extraordinary Upward Mover’ – DOST           >>           Former KPK Officials To Defend Sambo, Wife Against Premeditated Murder           >>           Lower Electricity Tariffs From October To December After 6 Consecutive Hikes           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:41AM

Subuh

: 04:51AM

Syuruk

: 06:08AM

Doha

: 06:30AM

Zohor

: 12:11PM

Asar

: 03:23PM

Maghrib

: 06:13PM

Isyak

: 07:22PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keselamatan Di Stesen Minyak Jadi Keutamaan


SETIAUSAHA Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Haji Azhar bin Haji Yahya menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima

 


 September 23rd, 2022  |  10:06 AM  |   117 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam sebagai pengawal selia sektor minyak dan gas, akan sentiasa memberi sokongan kepada stesen-stesen minyak untuk sama-sama meningkatkan tahap keselamatan dengan melibatkan dan meningkatkan pemantauan berterusan ke stesen-stesen minyak.

 

Pihak Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam secara berterusan membuat pemantauan berjadual ke stesen-stesen minyak di negara ini, dan perkara-perkara penambahbaikan yang dikenal pasti hasil daripada  pemantauan tersebut telah pun dikongsikan kepada pihak stesen minyak dan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sendirian Berhad (BSM) dalam sama-sama memastikan stesen-stesen minyak di negara ini mempunyai standard keselamatan yang tinggi bagi menjamin keselamatan pekerja stesen khasnya dan orang ramai sebagai pengunjung ke stesen minyak amnya.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Haji Azhar bin Haji Yahya semasa Hari Juara Servis (Service Champion Day) bertempat di Tarindak D'Seni, di sini.

 

Berucap selaku tetamu kehormat majlis, Awang Haji Azhar seterusnya berkata, Pihak Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi telah mendukung inisiatif BSM dalam mengeluarkan poster-poster peringatan di stesen-stesen minyak sebagai salah satu langkah untuk memberikan perasaan selamat serta menambah keyakinan kepada Juara Servis dan juga Retail HSSE Ambassador dalam menjalankan tugas untuk memberikan peringatan atau teguran kepada pelanggan yang tidak mematuhi peraturan semasa berada di Stesen Minyak.

 

Terdahulu itu, Awang Haji Azhar menjelaskan, Juara Servis (Service Champion) memainkan peranan yang sangat penting seperti nama yang telah diberikan kepada mereka - Juara, dalam memastikan kesempurnaan perkhidmatan dan keselamatan di stesen minyak sentiasa terjaga bukan sahaja sebelum, semasa dan selepas proses penjualan minyak tetapi juga keselamatan bagi sesiapa saja yang berada di stesen minyak tersebut.

 

Keprihatinan dan mutu layanan Juara Servis tambahnya, dalam memastikan keselamatan orang ramai amat saya kagumi, kerana mereka ini sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan karenah pelanggan yang berkunjung di stesen minyak setiap hari.

 

 Menurutnya, semenjak pelancaran Kempen Isi Selamat Rasa Selamat pada 24 Ogos 2022, setiap stesen minyak telah melantik seorang dari kakitangan, sebagai Duta HSSE Retail atau HSSE Retail Ambassador yang mana, ini merupakan satu langkah positif ke arah ke penambahbaikan kerana sebagai Duta atau Ketua, mereka bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada seluruh ahli stesen minyak terhadap Prosedur Keselamatan HSSE Retail yang ada.

 

Beliau seterusnya berharap dan percaya, stesen-stesen minyak akan berjaya mencapai 'Goal Zero' atau bebas insiden jika kita sentiasa patuh dan beringat-ingat mengenai prosedur-prosedur keselamatan ketika berada di stesen minyak.

 

 Beliau turut difahamkan bahawa hari ini, mereka telah mencapai 105 hari tanpa insiden 'nozzle pull-out' sejak ia terakhir berlaku pada 7 Jun 2022.

 

Pada acara tersebut, tetamu kehormat telah menyampaikan Anugerah Retail 2020 dan 2021, dan juga Sijil Perkhidmatan Kerja Lama kepada 17 Juara Servis yang telah berkhidmat selama 20 hingga 35 tahun.

 

Di antara tanggungjawab juara servis adalah untuk memastikan semua prosedur keselamatan penjualan minyak dilaksanakan dengan sewajarnya serta melayan semua pengunjung-pengunjung stesen minyak dengan baik walaupun berhadapan dengan pelbagai karenah-karenah pelanggan yang mungkin kadang kalanya menguji kesabaran mereka.

 

Seramai 37 Duta HSSE Retail juga telah dilantik dan menerima sijil masing-masing yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

 Duta HSSE Retail antara lain bertanggungjawab untuk perlaksanaan proses dan pematuhan kepada peraturan HSSE termasuk memantau dan melaporkan prestasi HSSE di stesen masing-masing, dan seterusnya memberi bimbingan kepada juara servis yang lain tentang keselamatan di stesen minyak untuk sama-sama menyampaikannya kepada orang ramai, sama ada yang datang untuk membuat pengisian minyak, berkunjung ke kedai dan sebagainya.

 

Sementara itu, seramai enam orang yang terdiri daripada pengurus dan pemilik stesen, juga menerima sijil mereka masing-masing setelah menamatkan Kursus Retail Start Up yang julung-julung kali diadakan di bawah program Retail Academy BSM dan telah berjalan selama dua minggu.

 

Kursus tersebut diperkenalkan dengan tujuan untuk memberikan pengenalan, kefahaman serta kemahiran dalam pengurusan perniagaan stesen minyak. Ia akan membolehkan pemilik, pengusaha dan pengurus stesen untuk memahami kepentingan prestasi dan bagaimana cara berusaha untuk memperbaikinya mengikut piawaian dan garis panduan yang ditetapkan.

 

 Sebagai rakan kongsi mobiliti yang dipercayai dan komited, keselamatan tetap menjadi keutamaan kepada BSM.

 

Pada Mac 2022, BSM telah mencapai 7 juta jam tanpa LTI dan komitmen ini diperkukuh lagi kepada orang ramai dengan pelancaran kempen kesedaran keselamatan Isi Selamat, Rasa Selamat (Fill Safe, Feel Safe) siri keempat BSM untuk menyediakan persekitaran dan pengalaman mengisi minyak yang selamat kepada semua pelanggan yang melawat sebagai serta Juara Servis di Stesen Retail Shell.

 

 Kempen 2022 Isi Selamat, Rasa Selamat merupakan program selama empat minggu yang dianjurkan bersama Pihak Berkuasa Petroleum Brunei Darussalam dan disokong oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Tenaga di JPM, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) dan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (NRSC), Pasukan Polis Diraja Brunei, serta penglibatan Stesen Retail Shell di Brunei.

 

Matlamat kempen adalah untuk mewujudkan kesedaran awam tentang keselamatan di stesen runcit Shell, mengukuhkan budaya pematuhan di semua Stesen Retail Shell dan menekankan kesejahteraan Juara Servis dan keselamatan mereka dalam melaksanakan tugas mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


All Except Three Sabah Districts Record New Infections

 2022-09-30 15:00:05

Abortion: India Supreme Court Says Amended Law To Cover Single Women Too

 2022-09-30 13:39:20

Asian Equities Slide As Global Selloff Deepens: Markets Wrap

 2022-09-30 11:46:49