FacebookInstagramTwitterContact

 

People's Representatives Invite People To Traffic Orderly           >>           Grand State Maulidur Rasul Procession In Miri To Involve 7,600 Participants           >>           All Except Three Sabah Districts Record New Infections           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Attapeu Municipality Flooded           >>           Elon Musk Asked To Provide Satellite Internet For Myanmar Fight Against Junta           >>           PH Ranks 59th At GII 2022, Still Recognized As An ‘Extraordinary Upward Mover’ – DOST           >>           Former KPK Officials To Defend Sambo, Wife Against Premeditated Murder           >>           Lower Electricity Tariffs From October To December After 6 Consecutive Hikes           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:41AM

Subuh

: 04:51AM

Syuruk

: 06:08AM

Doha

: 06:30AM

Zohor

: 12:11PM

Asar

: 03:23PM

Maghrib

: 06:13PM

Isyak

: 07:22PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tanam Keyakinan Peserta Dalam Pengajaran Bahasa Arab


TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan semasa hadir pada perasmian Bengkel Pengenalan Awal Pengajaran Bahasa Arab (PAPBA) yang berlangsung di Dewan Tarbiah, Kolej Universiti Per

 


 September 23rd, 2022  |  10:09 AM  |   150 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Keperluan keberkesanan pengajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah rendah ugama adalah sangat penting untuk diambil perhatian sebagai asas permulaan kepada peringkat selanjutnya sama ada pelajar berkenaan meneruskan pendidikan di sekolah Arab ataupun tidak.

 

Kajian telah membuktikan, faktor umur kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu bahasa memberikan kesan yang sangat signifikan.

 

Oleh itu adalah wajar untuk kita memanfaatkan umur murid di peringkat sekolah ugama kerana mereka lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya dengan lebih berkesan.

 

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan menekankan perkara tersebut semasa berucap pada majlis perasmian Bengkel Pengenalan Awal Pengajaran Bahasa Arab (PAPBA) yang berlangsung di Dewan Tarbiah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), di sini.

 

Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim seterusnya menyatakan bahawa perkembangan bahasa Arab dan peredaran masa telah meletakkan bahasa Al-Quran berkenaan sebagai salah satu bahasa utama dunia.

 

Di negara kita jelasnya, mata pelajaran Bahasa Arab telah pun diperkenalkan di semua peringkat pendidikan bermula daripada pendidikan rendah ugama hingga peringkat pengajian tinggi.

 

"Ini bermakna pendidikan Bahasa Arab merupakan suatu yang bersifat dinamik dan berkembang," jelasnya lagi.

 

Yang Mulia percaya dengan komitmen dan keupayaan pihak KUPU SB, Bengkel PAPBA berkenaan yang perisiannya memberikan pengetahuan asas yang terpenting dalam pengajaran Bahasa, iaitu persediaan mengajar; contoh kaedah pengajaran Bahasa Arab; dan penilaian bahasa Arab akan menambah nilai corak gaya pengajaran yang berkesan agar segala matlamat dapat dicapai secara optimum.

 

Apa yang penting tegasnya, adalah nilai positif perlu ada dalam setiap guru bagi bersiap sedia untuk sentiasa berusaha mempertingkatkan dan melengkapkan diri dengan kemahiran asas dan memahami pengetahuan kandungan pedagogi.

 

Oleh itu tambahnya lagi, kepada para peserta yang terlibat, iaitu guru-guru ugama yang diamanahkan mengajar bahasa Arab di sekolah-sekolah ugama seluruh negara selamat mengikuti bengkel berkenaan dan semoga segala ilmu yang ditimba nanti dapat memantapkan kaedah pembelajaran serta pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah ugama.

 

"Keiltizaman, kesungguhan dan kesediaan biskita memikul amanah yang mulia ini dengan mengajar Bahasa Arab kepada anak bangsa selama ini adalah sangat-sangat dihargai," ujar Yang Mulia lagi.

 

Yang Mulia juga melihat usaha KUPU SB dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam menjayakan bengkel berkenaan adalah sangat signifikan bertujuan meningkatkan kualiti daripada aspek kapasiti guru-guru ugama secara terarah kepada matlamat yang jelas, iaitu guru-guru yang mengajar dengan berkesan.

 

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada 20 peserta Bengkel Lughatul Mu'allim siri 5.0 tahun yang diadakan pada tahun 2021.

 

Bengkel PAPBA adalah sebuah program yang direka berbentuk bengkel intensif sebagai pengenalan awal dalam jangka masa pendek yang dihasratkan untuk menampung keperluan khas guru dari segi pengetahuan dan kemahiran asas pedagogi yang disampaikan melalui kuliah, perbincangan dan latihan singkat.

 

Matlamat utama bengkel berkenaan adalah bagi menanamkan keyakinan peserta dalam pengajaran Bahasa Arab, selain memberi kefahaman mengenai konsep asas mendidik, mengajar dan melatih serta penyediaan rancangan pengajaran Bahasa Arab.

 

Turut hadir, Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, para pegawai kanan kementerian Hal Ehwal Ugama dan KUPU SB dan mahasiswa serta mahasiswi KUPU SB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


All Except Three Sabah Districts Record New Infections

 2022-09-30 15:00:05

Abortion: India Supreme Court Says Amended Law To Cover Single Women Too

 2022-09-30 13:39:20

Asian Equities Slide As Global Selloff Deepens: Markets Wrap

 2022-09-30 11:46:49