FacebookInstagramTwitterContact

 

People's Representatives Invite People To Traffic Orderly           >>           Grand State Maulidur Rasul Procession In Miri To Involve 7,600 Participants           >>           All Except Three Sabah Districts Record New Infections           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Attapeu Municipality Flooded           >>           Elon Musk Asked To Provide Satellite Internet For Myanmar Fight Against Junta           >>           PH Ranks 59th At GII 2022, Still Recognized As An ‘Extraordinary Upward Mover’ – DOST           >>           Former KPK Officials To Defend Sambo, Wife Against Premeditated Murder           >>           Lower Electricity Tariffs From October To December After 6 Consecutive Hikes           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:41AM

Subuh

: 04:51AM

Syuruk

: 06:08AM

Doha

: 06:30AM

Zohor

: 12:11PM

Asar

: 03:23PM

Maghrib

: 06:13PM

Isyak

: 07:22PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Demensia Punca Utama Kematian Ke-7 Di Seluruh Dunia


 


 September 23rd, 2022  |  10:21 AM  |   99 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Demensia adalah sejenis penyakit yang mempengaruhi fungsi kognitif otak yang boleh menjejaskan ingatan, pemikiran, tingkah laku dan perasaan.

 

Demensia juga adalah penyebab utama berlakunya kelainan upaya (differently-abled) dan kebergantungan dalam kalangan orang tua.

 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes demensia yang baru dikenal pasti dalam kalangan warga emas berlaku setiap 3 saat di seluruh dunia dan dianggarkan 55 juta orang di seluruh dunia hidup dengan demensia.

 

Dengan peningkatan kadar jumlah populasi warga emas di setiap negara, anggaran ini dijangka akan meningkat kepada 78 juta pada tahun 2030 dan 139 juta pada tahun 2050.

 

Penyakit demensia juga kini merupakan punca utama kematian ke-7 di seluruh dunia.

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam Perutusan sempena Sambutan Bulan Alzheimer's Sedunia juga menjelaskan di Negara Brunei Darussalam, kajian Lancet publication analysis of Global Burden of Disease study 2019 telah menganggarkan terdapat sebanyak 1,574 kes di Negara Brunei Darussalam dan ini dijangka akan meningkat sebanyak 365 peratus kepada 7,317 menjelang 2050.

 

Terdapat pelbagai jenis demensia yang mana penyakit Alzheimer's adalah jenis yang paling lazim dan menyumbangkan kepada 60 - 70 peratus kes-kes demensia.

 

Di Negara Brunei Darussalam, disebabkan terdapat kadar penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tinggi, demensia jenis vaskular juga lazim didapati di kalangan warga emas.

 

Penyakit demensia ini, jelas Yang Berhormat, bukanlah merupakan akibat proses penuaan yang normal, ia adalah penyakit yang menjejaskan ingatan, pemikiran, tingkah laku dan emosi individu tersebut.

 

Gejala-gejala penyakit demensia termasuk hilang ingatan serta pemikiran, kesukaran mencari perkataan yang betul atau memahami apa yang dikatakan, kesukaran melaksanakan tugas rutin harian, atau perubahan personaliti dan perasaan.

 

Akhirnya, mereka yang terjejas tidak akan dapat menjaga diri sendiri dan memerlukan bantuan dalam semua aspek kehidupan mereka.

 

Demensia mempunyai kesan fizikal, psikologi, sosial dan ekonomi, bukan sahaja untuk penghidap demensia, tetapi juga untuk penjaga, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.

 

Selalunya terdapat kekurangan kesedaran dan pemahaman tentang demensia, mengakibatkan stigma dan halangan kepada diagnosis dan penjagaan.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, pandemik COVID-19 juga telah memberi kesan yang ketara kepada semua lapisan masyarakat terutamanya kepada penghidap demensia yang mengalami risiko yang lebih tinggi untuk memerlukan rawatan di hospital, mengalami penyakit yang lebih parah dan risiko meninggal dunia dari jangkitan COVID-19 berbanding dengan pesakit yang tidak mengalami demensia.

 

Jangkitan COVID-19 juga dikaitkan dengan gangguan kognitif jangka panjang dan demensia dalam kalangan warga emas.

 

Perkara ini diburukkan lagi oleh sekatan dan pengasingan dari orang lain yang mana merupakan antara risiko menghidap penyakit demensia

 

Pada setiap bulan September, Bulan Alzheimer's Sedunia diperingati dan tidak terkecuali juga di Negara Brunei Darussalam.

 

Tema bagi Sambutan Bulan Alzheimer's Sedunia pada tahun ini kekal sama seperti tahun lepas, iaitu 'Kenali Demensia, Kenali Alzheimer'.

 

Tema ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai, khususnya mengenai tanda-tanda amaran demensia dan pentingnya diagnosis tepat pada masanya kerana dengan mengetahui tanda-tanda amaran tersebut boleh memperkasa orang ramai untuk lebih bersedia mengurus atau menjaga seseorang yang menghidap penyakit demensia.

 

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Demensia Brunei, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah merancang pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang penyakit demensia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


All Except Three Sabah Districts Record New Infections

 2022-09-30 15:00:05

Abortion: India Supreme Court Says Amended Law To Cover Single Women Too

 2022-09-30 13:39:20

Asian Equities Slide As Global Selloff Deepens: Markets Wrap

 2022-09-30 11:46:49