FacebookInstagramTwitterContact

 

People's Representatives Invite People To Traffic Orderly           >>           Grand State Maulidur Rasul Procession In Miri To Involve 7,600 Participants           >>           All Except Three Sabah Districts Record New Infections           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Việt Nam Welcomes 1.87 Million Foreign Visitors In First Nine Months, Mostly From Asia           >>           Attapeu Municipality Flooded           >>           Elon Musk Asked To Provide Satellite Internet For Myanmar Fight Against Junta           >>           PH Ranks 59th At GII 2022, Still Recognized As An ‘Extraordinary Upward Mover’ – DOST           >>           Former KPK Officials To Defend Sambo, Wife Against Premeditated Murder           >>           Lower Electricity Tariffs From October To December After 6 Consecutive Hikes           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:41AM

Subuh

: 04:51AM

Syuruk

: 06:08AM

Doha

: 06:30AM

Zohor

: 12:11PM

Asar

: 03:23PM

Maghrib

: 06:12PM

Isyak

: 07:21PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Komited Dalam Menangani Isu Demensia


 


 September 23rd, 2022  |  10:23 AM  |   119 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Di Negara Brunei Darussalam, terdapat kadar penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tinggi, terutamanya tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang yang mana merupakan faktor risiko bagi demensia.

 

Bagi mereka yang mempunyai penyakit tidak berjangkit yang tidak terkawal, risiko menghidap demensia adalah lebih tinggi berbanding mereka yang boleh mengawal penyakit tidak berjangkit dengan baik.

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar menekankan demikian dalam perutusannya sempena Sambutan Bulan Alzheimer's Sedunia.

 

Tambah Yang Berhormat, antara usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi menangani penyakit demensia adalah seperti mengetahui tentang gejala dan faktor risiko demensia.

 

Bagi mereka yang mempunyai penyakit tidak berjangkit yang merupakan faktor risiko demensia, mereka disarankan untuk patuh menghadiri perjanjian pemeriksaan doktor seperti yang dijadualkan.

 

Mereka juga boleh mendapatkan perjanjian untuk saringan atau pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan terdekat mengikut tadahan masing-masing.

 

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal seharian sekurang-kurangnya 30 minit lima hari seminggu dan melakukan aktiviti yang merangsangkan kesihatan mental dan mempertingkatkan interaksi sosial bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

 

Ini akan membantu mengurangkan risiko dari menghidap penyakit demensia dan melambatkan perkembangan demensia.

 

Selain itu, melibatkan diri, ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mengetahui tentang penyakit demensia dengan mendapatkan maklumat-maklumat dan nasihat dari sumber-sumber yang sahih, membarigakan tentang penyakit demensia dan memberikan sokongan bagi mereka yang menghidap penyakit demensia atau terdapat ahli keluarga atau kenalan yang menghidap penyakit demensia.

 

Dalam menangani isu demensia, Kementerian Kesihatan telah menyediakan dan akan sentiasa meneliti keperluan sistem kesihatan dan prasarana yang mudah diakses dan saksama serta berkualiti tinggi kepada seluruh penduduk Negara Brunei Darussalam dalam memastikan semua individu akan dapat memanfaatkan perkhidmatan yang diberikan.

 

Kementerian Kesihatan juga bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) di seluruh negara dan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), seperti Demensia Brunei untuk meningkatkan kesedaran tentang demensia dan melaksanakan intervensi dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan demensia.

 

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan juga akan memastikan para penjaga kesihatan dan sukarelawan dapat dilatih dengan secukupnya sehingga mereka dapat memberikan nasihat dan perkhidmatan penjagaan yang relevan bagi semua individu yang menghidap penyakit demensia dan ahli keluarga / penjaga mereka.

 

Akhir kata, Yang Berhormat ingin mengulangi komitmen Kementerian Kesihatan dalam mencapai Wawasan Brunei 2035, terutama sekali dalam memastikan pencapaian kualiti kehidupan yang tinggi bagi semua lapisan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

 

Bersama kita boleh membuat perubahan untuk menangani dan membarigakan penyakit demensia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


All Except Three Sabah Districts Record New Infections

 2022-09-30 15:00:05

Abortion: India Supreme Court Says Amended Law To Cover Single Women Too

 2022-09-30 13:39:20

Asian Equities Slide As Global Selloff Deepens: Markets Wrap

 2022-09-30 11:46:49