FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


DYTM Dikurniakan Lencana Terjun Payung ‘British Military Parachute Wings’


 


 September 24th, 2022  |  16:32 PM  |   445 views

LONDON, UNITED KINGDOM

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berangkat menghadiri Majlis Penutup Kursus Asas Terjun Payung 1317 dan Pengurniaan Lencana Terjun Payung 'British Military Parachute Wings' bagi paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen yang berlangsung di Royal Air Force (RAF) Brize Norton, Oxfordshire, United Kingdom (UK).

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Mes Pegawai RAF Brize Norton, di sini, dijunjung oleh Air Vice Marshall Suraya Marshall, Air Officer Commanding 2 Group dan Group Captain Gareth Burdett, Commander Air Wing, di mana baginda seterusnya disembahkenalkan kepada Pegawai-pegawai Eksekutif RAF Brize Norton.

 

Semasa di RAF Brize Norton, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, antara lainnya menyaksikan Pertunjukan Payung Terjun daripada Pasukan RAF Falcons dan disembahkan taklimat mengenai Keupayaan Payung Terjun UK daripada Course Senior Non-Commissioned Officer / Lead Instructor, Sergeant Lane Miller serta pertunjukan peralatan keupayaan termasuk Low Altitude Parachute, High Altitude Parachute, Synthetic Training dan tayangan video Basic Parachute Course.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan mengurniakan Lencana Payung Terjun 'British Military Parachute Wings' kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen, yang berjaya menamatkan Kursus Asas Terjun Payung 1317.

 

Semasa kursus itu, Duli Yang Teramat Mulia, antara lainnya, telah mempelajari teknik penerjunan payung ketenteraan daripada beberapa tenaga pengajar daripada Royal Air Force sehingga DYTM berjaya melakukan aksi lompatan penerjunan payung pada ketinggian 1,000 kaki.

 

Para peserta kursus juga telah menjalani latihan di Hangar Parachute Training Squadron dan kursus ini berasaskan dengan penilaian bertulis dan praktikal sebelum sebarang lompatan penerjunan payung dilaksanakan.

 

Airborne Delivery Wing, yang berpangkalan di RAF Brize Norton, Carterton, Oxfordshire merupakan sebuah unit latihan Royal Air Force yang menyediakan latihan terjun payung kepada British Armed Forces.

 

Manakala Parachute Training Squadron telah ditubuhkan pada tahun 1940, adalah merupakan skuadron terbesar di Airborne Delivery Wing, yang melatih para anggota dari permulaan aktiviti terjun payung serta menjalankan latihan berterusan kepada Unit Latihan Pakar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39