Home > Headline
Kebawah DYMM Berangkat Balik Meninggalkan London, UK
September 24th, 2022 | 16:35 PM | 578 views
LONDON, UNITED KINGDOM
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berangkat balik dari London, United Kingdom (UK).
Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Berangkat di Lapangan Terbang Heathrow bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke UK dan Eire, Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.
Semasa di London, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menghadiri Majlis Resepsi King Charles III dan Istiadat Pemakaman Negara bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Her Majesty Queen Elizabeth II yang mangkat pada 8 September 2022.
Baginda juga berangkat ke Majlis Pengurniaan Lencana Terjun Payung 'British Military Parachute Wings' Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen yang telah menamatkan Kursus Asas Terjun Payung 1317 di Airborne Delivery Wing, RAF Brize Norton.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]