Home > Bahasa Melayu
COVID-19 : 234 Kes Sembuh
September 25th, 2022 | 11:28 AM | 428 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Negara Brunei Darussalam (NBD) mencatatkan satu kes kematian disebabkan oleh COVID-19 manakala sebanyak 234 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh di NBD menjadi 224,469.
Sementara itu, tidak ada kes sedang berada dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).
Manakala, sebanyak satu kes sedang berada dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Menurut infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, bagi Program Vaksinasi setakat 24 September 2022, sebanyak 85.0 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun telah menerima dua dos vaksin dan sebanyak 61.3 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima tiga dos vaksin.
Manakala, sebanyak 78.4 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin dan sebanyak 10.4 peratus telah menerima empat dos vaksin COVID-19.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]