FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Walkaton Sempena Memperingati Ulang Tahun MOAS


 


 September 26th, 2022  |  10:58 AM  |   210 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Omar 'Ali Saifuddien dan Kumpulan Belia Masjid berkenaan iaitu Syababus Salam hari ini mengadakan Acara Walkaton bersempena Memperingati Ulang Tahun Masjid Omar 'Ali Saifuddien (MOAS) Ke-64 Tahun.

 

Walkaton yang bermula dan berakhir di pekarangan MOAS itu disertai oleh Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri. Terdahulu, setelah selesai menunaikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah, acara diimarahkan dengan Kuliah Subuh disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Awang Muhammad Yussof bin Haji Abd. Majid yang bertajuk, 'Memakmurkan Masjid dan Keutamaannya'.

 

Awang Muhammad Yussof antara lain menerangkan mengenai beberapa keutamaan memakmurkan masjid antaranya Allah akan membangunkan rumah di Syurga bagi siapa yang membangun masjid di dunia, Allah turunkan sakinah, Allah siapkan kenderaan baginya dan Allah menjaga dari diturunkan azab yang pedih.

 

Terdahulu, dalam Kuliah Subuh itu juga beliau menyatakan bahawa menurut Imam Ibnul Jauzi memakmurkan masjid terbahagi kepada dua bahagian iaitu memakmurkan masjid dengan membangun dan memperbaikinya termasuk membinanya, memberi karpet, meneranginya dan membersihkannya.

 

Sementara bahagian seterusnya ialah memakmurkan masjid dengan melazimi kehadiran padanya iaitu segala aktiviti yang memeriahkan suasana masjid, Program-program pengajaran serta Kem motivasi.

 

Walkaton sempena Ulang Tahun MOAS Ke-64 Tahun ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara AJK Takmir MOAS, Kumpulan Belia Syababus Salam MOAS, jemaah Muslimah MOAS dan jemaah MOAS serta orang ramai yang hadir.

 

Dalam masa yang sama, dapat mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta membentuk individu yang sihat jasmani dan rohani sebagaimana peranan masjid di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17