Home > Bahasa Melayu
Pemakluman Operasi Kaunter Perkhidmatan JIPK
September 26th, 2022 | 10:59 AM | 212 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memaklumkan bahawa bermula Isnin, 26 September 2022, operasi Kaunter-kaunter Perkhidmatan di Bahagian Dokumen Perjalanan dan Bahagian Kad Pengenalan adalah dikemaskinikan.
Bahagian Dokumen Perjalanan Ibu Pejabat JIPK, bagi Kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Dokumen Perjalanan akan dibuka setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula pada jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam.
Manakala Jumaat bermula pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Bagi kaunter-kaunter perkhidmatan khas termasuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas akan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan ditempatkan di Tingkat 3, Ibu Pejabat JIPK.
Kaunter Perkhidmatan Pengambilan (Collection) Dokumen Perjalanan adalah di Aras Bawah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang. Dibuka setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan Jumaat bermula 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Manakala waktu operasi bagi Kaunter Perkhidmatan Pendaftaran Dan Kaunter Perkhidmatan Pengambilan Dokumen Perjalanan di Pejabat-Pejabat Cawangan Kuala Belait, Tutong dan Temburong dibuka setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan jam 1.45 petang hingga 4.00 petang, manakala Jumaat pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak perlu hadir terlalu awal untuk mendapatkan nombor giliran masing-masing memandangkan Kaunter Perkhidmatan di Bahagian Dokumen Perjalanan dibukakan selama 12 jam bermula esok.
Manakala Bahagian Kad Pengenalan pula, Kaunter Perkhidmatan Pendaftaran dan Pengambilan Kad Pengenalan akan mula dibukakan pada setiap Jumaat di semua Pejabat Cawangan, JIPK bermula Jumaat, 30 September 2022, bermula pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
JIPK sukacita menasihatkan kepada orang ramai untuk melengkapkan borang permohonan dan membawa dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan bagi melancarkan proses pendaftaran.
Selain itu, orang ramai juga diperingatkan untuk memastikan kesemua individu yang hendak membuat permohonan samada di Bahagian Dokumen Perjalanan dan / atau Bahagian Kad Pengenalan untuk menghadirkan diri semasa pengambilan nombor giliran diberikan.
Borang-borang Pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman sesawang JIPK 'www.immigration.gov.bn'. Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi melalui e-mel '[email protected]'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]