Home > Bahasa Melayu
Kluster 3 Juara Kejohanan Bola Jaring
September 26th, 2022 | 11:04 AM | 400 views
SUNGAI AKAR
Kejohanan Bola Jaring sempena Hari Guru Ke-32, Tahun 2022 menyaksikan Pasukan Kluster 3 dinobatkan sebagai johan setelah menewaskan IPT pada perlawanan peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Kampung Sungai Akar.
Pada perlawanan akhir tersebut, Kluster 3 berjaya meraih 22 jaringan berbalas 19 (IPT) melalui empat set perlawanan.
Sementara itu, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, Kluster 4 berjaya menyandang tempat ketiga setelah menundukkan Kluster 5 dengan jaringan 28 berbalas 8.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pendaftar dan Setiausaha Universiti Brunei Darussalam, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Joanna binti Haji Yacob.
Pemain Terbaik iaitu 'Best Attacker' diberikan kepada Dayang Amy Armyna binti Haji Amran dari Kluster 4, manakala 'Best Defender' ialah Hajah Nurul Ajeerah binti Abdullah dari Pasukan IPT.
Sementara itu, Dayang Nurhidayatulisma Isnon Ismail dari Pasukan IPT pula terpilih sebagai 'Best Shooter' dan 'Most Valuable Player' diberikan kepada Dayang Dhia Syuhada binti Abdul Rahman Ambol dari Pasukan Kluster 3.
Sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan ini yang dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).
Kejohanan Bola Jaring yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Brunei Darussalam (BNA), merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah bagi menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-32 tahun 2022 dengan tema 'Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan'.
Kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk perasaan muhibah dalam kalangan pegawai, guru dan kakitangan di Kementerian Pendidikan dan KHEU.
Di samping itu, ia juga dapat membantu kementerian mengenal pasti peserta yang berbakat dan berpotensi untuk diserapkan dalam pertandingan bola jaring yang akan datang.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]